Jumaat, 29 Januari 2021

Membalut Putik Nangka

 Salam bertani

Wak dah selesai membalut putik nangka menggunakan bekas karung makanan ayam. Ada nangka madu J33, nangka mantin dan nangka siam. Kali ini pokok-pokok nangka berputik serentak. Sebelum dibalut putik nangka perlu dibuat penjarangan dan tinggalkan lebih kurang 10 biji sahaja untuk pembesaran.

Tuaian nangka akan datang tidak serentak dengan buah-buahan bermusim lain seperti durian dan rambutan. Pokok buah-buahan bermusim belum lagi berbunga kecuali beberapa pokok durian yang berbuah di luar musim.


Siap balut (tertinggal sebiji lagi)


Putik nangka selepas dibuat penjarangan.
Tinggalkan sebiji sahaja setangkai.
Perlu dibalut untuk mengelakkan serangan lalat buah.


Pokok kecil pun dah berbuah


Putik yang masih kecil tidak boleh dibalut
sehingga selesai pendebungaan.


Nangka madu J33


Nangka siam rajin berbuah


Juga J33.

Salam bertani.

23 ulasan:

  1. Wah macam-macam jenis nangka wak ada!

    BalasPadam
  2. pokok kecil pun dah berbuah.. murah rezeki wak :)

    BalasPadam
  3. x perlu beli sayur n buah la Wak...semuanya ada tanam di kebun... kalau sy ada tanah seluas tu mmg nak bertani la.

    BalasPadam
  4. tak sabar nak tengok perubahan baju nangka yang selalu dijadikan peribahasa, macam sarung nangka tu

    BalasPadam
  5. labet betul ye wak... kalau tak dibalut di kerjakan musang ye wak

    BalasPadam
  6. rendang pokoknya tapi Alhamdulilah, lebat buahnya..

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah rajin baerbuah ya. Syukur. Balik kampung sebelum PKP hari tu mertua PC pun sibuk bungkus putik nangka. Lucunya baju tidur mak yang buruk dan dah koyak abah guna juga katanya biar monyet takut nak petik putik buah ni sebab ingat mak ko tengah tengok dia.Hahahaha.

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah meriah betul nangka2 wak

    BalasPadam
  9. Wah bestnya Wak! Moga menjadi semuanya...

    BalasPadam
  10. Kat tempat saya nangka/cempedak dibalut dengan sarung anyaman daun kelapa dipanggil "geruk". Tapi tu dulu la. Hihihi

    BalasPadam
  11. Banyak hasilnya tu. Meriah lah nanti hasil tuaian kebuh buah buahan wak serentak semuanya. Macam macam buah ada.

    BalasPadam
  12. Banyak hasil wak...rezeki kan....nasib SA x leh makan nangka

    BalasPadam
  13. Suburnya tanaman wak ni.. sy dh lama x mkn nangka wak... rasanya dr anak sulung lahir lg.. skrg anak sulung dh 12 thn.. hehehe

    BalasPadam
  14. berbudi pada bumi entok rejekine pirang2.. lumayan kangji

    BalasPadam
  15. Lumayan Wak. Nangka buat lebat.

    BalasPadam
  16. Banyaknya buah nangka, wak. Best!

    BalasPadam
  17. Banyak buahnya.. Alhamdulillah tak rugi berbudi pada tanah..

    BalasPadam