Selasa, 15 Jun 2021

Cucu-cucu Tepian Sungai

 Salam bertani

Tahun 2021 ni wak dah dapat empat cucu tepi sungai. Tiga jantan dan satu betina. Alhamdulillah, kesemua cucu tepi sungai wak nampaknya sihat dan cepat membesar. Mereka sudah meragut dan masih menyusu induknya.


Budak yang paling cute ni wak panggil Din
Nama penuhnya Joe Biden


Yang  cantik  ni Rina namanya.
Satu2nya cucu betina  yang lahir tahun ni


Yang ni wak panggil Min aje
Nama penuhnya wak tak berani tulis dekat sini.



Induk lembu yang macam buldozer ni wak panggil Yut
Sempena kejadian dia 'hanyut' ke seberang sungai
 masa kecik2 dulu
Sampai sekarang dia masih di seberang sungai 
dan tidak bertambat
Anak jantannya wak panggil Pok Teh sebab ada 
tompok putih di kepalanya




Din dan Ina berkawan baik


Sumber makanan mereka yang melimpah ruah
Di hujung kejauhan tu kelihatan kebun sawit wak

Salam bertani


26 ulasan:

  1. wah besar ladang nya wak...
    haha comel2 plak nama cucu-cucu wak tu ye :D

    BalasPadam
  2. Hebat wak.. Pertanian dan penternakan adalah perniagaan..

    BalasPadam
  3. fuh.. nama glamer ye wak.. rina lah min lah.. joe biden pun ada.. hehehehe

    BalasPadam
  4. Sesuai la nama cucu baru tu Joe Biden sbb warna rambut depa sama🤣🤣🤣🤣

    BalasPadam
  5. Gembira tengok ladang yang luas macam ni. 😁

    BalasPadam
  6. Hai din..hai rina...semoga awak membesar dgn sihat walafiat...

    BalasPadam
  7. comelnya cucu2 di tepian sungai

    BalasPadam
  8. comel2 je nama cucu wak tu ye... boleh tahan badan yut tu wak, seram nengok tanduknya tu...

    BalasPadam
  9. Nama semua glemer2 mudahan bertambah lagi cucu tepian sungai wak

    BalasPadam
  10. Alhamdulilah....banyaknya cucu. Makmur la ladang WP.

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah. Semoga semua sihat. Luas kehijauan saujana mata memandang.

    BalasPadam
  12. Alhamdullilah.. bestnya bela lembu dan ada kebun luas macam nie Wak..

    BalasPadam
  13. Joe bidin pun boleh lah wak bagi nama lembu hahahaha, rasa lucu pulak hahaha

    BalasPadam
  14. Alhamdulillah…murah rezeki wak sampai dapat 4 ekor tu.

    Nama penuh Min tu, ajemin ke wak? Hehe

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah, banyak cucu wak. Semoga membesar dengan sihat.

    BalasPadam
  16. Alhamdulillah sihat2 semua cucu Wak, ada Joe Biden tu hhehe!

    BalasPadam
  17. Cepat tumbuh tanduk ye Joe Biden. Nanti tambah hensem.

    BalasPadam
  18. Comel-comel cucu, wak. Nama bukan main vogue lagi...

    BalasPadam
  19. Alhamdulillah cucu wak..comel-comel belaka..hehee

    BalasPadam
  20. heheheheh cucu makin bertambah ye wak

    BalasPadam
  21. Min...hmmm...apa agaknya nama penuh dia ekk...haha

    BalasPadam
  22. Alhamdulillah sihat2 cucunya Tu wak

    BalasPadam
  23. Comelnya, ada Joe Biden pula.. Hehehe

    BalasPadam
  24. Nama nama popular 4 cucu ni. Din paling sihat sekali tu. Yut garang kemain.

    BalasPadam
  25. yang SA ingat Joe Bidin tu..hehehe...best la wak..semua ada..tapi nak usahakan semua tu bagi nampak hasil memang x kenal penat kan wak

    BalasPadam
  26. Luas betul kebun wak.. mcm2 ada..

    BalasPadam