Sabtu, 6 Februari 2021

Kisah Sepuluh Budak Hitam

 Salam bertani

Budak-budak hitam yang wak ternak di belakang rumah sudah berumur dua  setengah bulan. Alhamdulillah, semuanya membesar dengan sihat bersama-sama rakannya yang lain. Budak-budak hitam ini adalah baka ayam kampung kacuk (AKK) yang cepat membesar berbanding ayam kampung asli (AKA). Berat hidup seekor sudah menghampiri 2 kg dan sudah boleh dituai.

Ada 4 ekor jantan dan 6 ekor betina semuanya. Yang jantan bolehlah dijadikan lauk dan yang betina wak nak jadikan ayam penelur yang menghasilkan telur ayam kampung. Ayam betina AKK tidak mengeram.


10 budak hitam sudah besar dan boleh dituai


Beli 10 budak hitam pada 21.11.2020


Budah hitam berumur 20 hari pada 09.12.2020
Menginap di sangkar lantai tinggi.


Berpindah ke reban lantai pasir pada 20.01.2021
Berumur dua bulan.


10 budak hitam berumur 2 setengah bulan
 pada 05.02.2021


Sepasang budak hitam
Yang jantan pialnya besar (belakang)


Budak hitam yang tak hitam.
Gambar dalam kotak yang penjuru sebelah
 kanan sekali.

Salam bertani

21 ulasan:

  1. RASANYA TAHUN BARU CINA NI SIBUDAK HITAM TINGGALKAN REBANNYA

    BalasPadam
  2. Owh, baru tahu ayam kacuk tidak mengeram. Patutlah ayam baka AKK yang mak saya pernah bela dulu, memang hasilkan banyak telur tapi tidak dieramnya. Maka kami makan la. Banyak ilmu agro kat sini. Tq info

    BalasPadam
  3. Sepuluh budak hitam,
    baru tumbuh ekor!

    BalasPadam
  4. wah tetiba cepat plak tgk dah membesar ya...

    BalasPadam
  5. Nanti bila suami dah pencen, saya pun nak balik kampung, bela ayam macam wak. Tak yah beli telur dah. Hehe.

    BalasPadam
  6. Comel pulak budak hitam dalam kotak tu.

    BalasPadam
  7. Haha rasa nak nyanyi lagu sepuluh budak hitam

    BalasPadam
  8. Budak hitam yg sedap dibuat rendang Tu WP 🤗

    BalasPadam
  9. terus nyanyi lagu 10 budak hitam tu haah

    BalasPadam
  10. hah cuya ada dua ekor je ayam...hehe

    BalasPadam
  11. Sedapnya ayam kampung..teringat masa duk PD dulu abah ada bela ayam..sekarang dah duk taman susah la nak bela ayam

    BalasPadam
  12. Terhibur saya tengok perkembangan tumbesaran 10 budak hitam :)

    BalasPadam
  13. Wahh cepatnya membesar!! Dah nak jadi lauk juga!

    Baru tau ayam kampung kacuk tak mengeram.

    BalasPadam
  14. Terselit pula satu yang tak hitam. Cepat membesar ayam, untung bela ayam gitu.

    BalasPadam
  15. eh comel pulak dia tak jadi hitam ek...macam omputih celup..haha

    BalasPadam
  16. Kemain handsome budak-budak hitam tu wak..

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum 10 budak hitam!
    Nak sekor budak boleh?? Hihi... Yang last tu je half pulak hitamnya... Haha.. Mesti dorang bahagia je tinggal situ.. dapat tuan macam wak... Kan....

    BalasPadam