Ahad, 14 Februari 2021

Memangkas Pokok Kantan

 Salam bertani


Semalam petang wak turun ke kebun untuk menyiram tanaman dan seterusnya memangkas perdu pokok kantan. Batang pokok kantan yang sudah tua dan kering perlu dipotong supaya nampak kemas dan memudahkan untuk mengutip hasil. Wak memotong batang pokok kantan tua menggunakan kacip pemangkas. Sebahagian daripada tanaman kantan wak sudah mengeluarkan hasil dan sebahagiannya belum lagi. Jom layaan














Salam bertani.

30 ulasan:

  1. terasa2 pulak nasi kerabu hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yelah hari ni hari rabu
      Nasib baik takde nasi kekhamis

      Padam
  2. Bagai terasa laksa penang...uiii sedap nyaaaaaaa

    BalasPadam
  3. bubuh tomyam atau ikan pindang sedap ni

    BalasPadam
  4. Cantik bunga kantan tu.. goreng dengan ikan bilis garing pon sedap

    BalasPadam
  5. Huhu... Ada yang share resepi bunga kantan dengan ikan bilis. Macam sedap. Bestnya ada bunga kantan yang banyak. Boleh masak macam2.

    BalasPadam
  6. Cantik pulak bunga kantan tu... Yg selalu tengok tak macam ni...?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalu tu warna pink uncle.
      kantan merah ni rare sebab takde orang jual.

      Padam
  7. Cantik tersusun apabila sudah dipangkas.

    BalasPadam
  8. Teringin nak tanam pokok kantan tapi takde tempat :(

    BalasPadam
  9. Dah boleh standby ni utk bekalan raya, ramai suka melaksa

    BalasPadam
  10. Bunga kantan kembang tu buat serunding Wak.

    BalasPadam
  11. Wah cantiknya bunga kantan. Senang ada pokok kantan kat rumah. Yang suami saya tanam hari tu macam tak hidup ja pun.. nak kena cuba tanam lagi lah nie nanti..

    BalasPadam
  12. Cantiknya warna menyerlah.. Buat barquatee bagi puan is3. πŸ’πŸ’πŸ’
    Saya pernah buat urap dengan kelapa parut, sambal tumis dengan bilis & yang wajib laksa & asam pedas la

    BalasPadam
  13. banyak juga pokok kantan yg ditanam

    BalasPadam
  14. Cantiknya. First time tengok pokok kantan kembang.

    BalasPadam
  15. cantik warna pokok kantan.. subur

    BalasPadam
  16. Pokok kantan ni memang kena tanam tempat lapang ye Wak.. ada rumah jiran saya tanam depan rumah, amkk aii semak rasa dah depan rumahnya... berbunga ye banyak, tapi pokok nya tu besar jadi semakkk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sesuai ditanam di tempat lapang supaya rajin berbunga. Pokoknya pun agak besar kalau tanam depan rumah memang nampak semak.

      Padam
  17. Terbau-bau aroma bunga kantan kat hidung ni 😊

    BalasPadam
  18. Haa tunggu bln posa nnt,harganya melambung rm7_10 sebatang kt tesco,giant

    BalasPadam
  19. cantiknya warna bunga kantan ni. Kalau beli dekat kedai tu dah pudar, layu dah

    BalasPadam
  20. ohh kena pangkas juga ye kaedahnya. Baru tahu. Cantiknya bunga kantan, suka tengok. Tapi tak suka makan dan tak suka baunya yang kuat.

    BalasPadam
  21. Sekali pandang, macam pokok lengkuas pun ada.

    BalasPadam
  22. Buat nasi goreng bunga kantan pun sedap ni wak ^_^

    BalasPadam
  23. uwaaaa.. tengok gambar2 wak teringin sangat balik kampung, rasa suasana kampung dan udara kampung... homesickkk :-(

    BalasPadam