Isnin, 7 Disember 2020

Meracun Rumpai di Dusun

 Salam bertani

Pada minggu lepas, sepagian wak berkerja meracun rumpai di dusun wak di kawasan tanaman pokok pulasan. Kawasan ini sudah agak semak ditumbuhi rumput liar yang cepat menjalar dan membiak. Wak perlu bersihkan kawasan ini daripada rumpai kerana wak bercadang nak tabur baja kepada pokok pulasan tersebut sebelum musim berbunga pada awal tahun depan.

Sudah seminggu juga di kawasan wak ini tiada hujan, dan rumpai yang wak racun dah menguning mati dan kering. Sebahagian pokok pulasan dewasa sudah wak tebang dan digantikan dengan tanaman anak pokok durian klon. Hanya tinggal beberapa puluh pokok sahaja yang wak tinggalkan selepas dipangkas pada tahun lepas.


Pokok rumpai yang dah mati kering selepas
seminggu disembur racun rumpai.


Rumpai yang tebal boleh mengganggu pertumbuhan
 pokok pulasan.


Pokok pulasan yang telah dipangkas pada tahun lepas.
Tahun ini ia tidak berbunga dan dijangka akan
berbunga semula pada awal tahun depan.


Kawasan ini akan menjadi bersih dan lapang
selepas rumpai mati dan kering.


Alat penyembur racun rumpai 20 liter
yang wak gunakan.
Knapsank sandang manual menggunakan
kudrat empat kerat.


Inilah racun rumpai yang wak gunakan untuk
menghapuskan rumpai di dusun.

Salam bertani.

40 ulasan:

  1. wak bukan sebarangan orang. prang lain pakai round-up (atau klon) wak pakai basta ori

    BalasPadam
  2. Subur betul tanah kebun Wak, cepat dipenuhi rumput liar. Harap selepas ini pokok pulasan pula lebih subur.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rumput menjalar ni memang cepat membiak.
      nak kawalnya memang kena racunlah.

      Padam
  3. Pulasan ni lagi susah nak berbunga banding rambutan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pokok pulasan ni dah banyak yang wak tebang.
      Dulu2 kalau musim, berlambak2 sampai takde harga.

      Padam
  4. cantik pulak rumpai kering tu.. macam musim autumn :)

    BalasPadam
  5. Kalau kat sini tiap petang hujan wak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tempat wak belum musim hujan lagi.
      Mungkin penghujung Disember nanti agaknya.

      Padam
  6. Bestnya kalau ada kebun....Macam2 boleh tanam.. Time berbuah tu y lagi best kan

    BalasPadam
  7. kalau xdiracun dussun jadi hutan kan

    BalasPadam
  8. Suka tengok kebun wak. ada pulak pondok .. time tengahri boleh merebahkan badan melayan nostalgia hehehe

    BalasPadam
  9. bestnya tak lama lagi berbunga lah dia ye wak...

    BalasPadam
  10. kena always meracun kan wak, klu tak tkot nanti ada ular pula kan yg kita tak nmpak

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah. Puas hati bila mati rumput yang diracun.

    BalasPadam
  12. kalau di buat lukisan cantik ni... warnanya kontras!

    BalasPadam
  13. sama la dkt kebun tu pun 2-3 bulan skali kena racun..

    BalasPadam
  14. Photo shoot kat rumput kering tu macam cantik je

    BalasPadam
  15. nampak pokok pulasan je pun dah rasa menjejes ailio bayangkan buah pulasan...sedapnyaaaa

    BalasPadam
  16. Pandai WP snap pic + handphone mahal ni.. Hihihi

    BalasPadam
  17. Luas tanah kebun wak ye. Banyak pokok.

    BalasPadam
  18. Luas betul kebun wak, wak buat sorg2 ke ada pembantu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua kerja kebun dan menternak wak buat sendiri.
      Pn is3 dan anak2 takde yang berminat.
      tak sihat ke, demam ke, kena buat juga.

      Padam
  19. Wak, bila dah kering macamtu, nanti dia akan rata ke bumi ke daunnya? Ke kena tebas juga?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rumput tu akan reput menjadi baja organik.
      Tapi rumput baru akan tumbuh pula.

      Padam
  20. Tak bahaya ke wak meracun kalau dekat pokok durian?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau kat pokok durian, biasanya wak tak racun tapi potong menggunakan mesin rumput.
      kalau terpaksa racun, guna racun Basta okay lagi.

      Padam
  21. lepas tu wak tebas dan bakar eh rumput lalang yang mati tu?

    BalasPadam
  22. Tinggi betul lalang tu naik. Kalau tak diracun, seram juga nak masuk kebun. Dah lapang, seronok tengok kebun bersih tanpa lalang. Mudah nak membaja juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rumpai ni kuat makan baja. Sebelum membaja memang rumpai kena hapuskan dulu.

      Padam
  23. solution tu boleh tak nak racun rumput tinggi kat belakang rumah ? adala tanah sekangkang kera tapi cepat benar tinggi rumputnya..

    BalasPadam
  24. Senang guna racun rympai tapi kena hati2 ye wak kendall dgn betul

    BalasPadam
  25. Terbaik wak..seluuut wak jaga kebun mcm ni..org kata berpengalaman (org lama) :)

    BalasPadam