Isnin, 14 Disember 2020

Kalbat Takung Air

 Salam bertani

Pada minggu ini wak ada menambah tiga buah kalbat untuk menakung air di dusun menjadikan tiga belas bilangannya. Memandangkan musim hujan akan tiba pada penghujung disember ini, wak ambil peluang untuk menyimpan air bagi persiapan menghadapi kemarau bermula bulan februari tahun depan.

Kalau keadaan biasa, bekalan air di dusun tak akan putus kerana ada parit/tali air yang mengalir di tengah-tengah dusun. Cuma kalau kemarau berpanjangan seperti pada awal tahun ini, parit tersebut boleh kering kontang. Jadi simpanan air di dalam kalbat ini amat membantu.


Dua daripada tiga kalbat takung air yang baru sampai


Siap pasang : satu


Dua


Tiga.
Kalbat akan dipenuhi air hujan apabila hujan turun
pada musim tengkujuh nanti.

Harga kalbat : RM110.00 sebuah
Harga zink : RM18.00 sekeping


Parit/tali air yang terdapat di tengah-tengah dusun.
Air jernihnya sentiasa mengalir digunakan untuk menyiram
tanaman terutama anak-anak durian yang baru ditanam.
Akan kering juga sekiranya musim kemarau berpanjangan.

Salam bertani.

24 ulasan:

  1. Memudahkan kerja berkebun bila tiba musim kemarau ya wak.

    BalasPadam
  2. bela iakn puyu,haruan pun boleh dalam tu

    BalasPadam
  3. BAGUS TU TIASA BERSEDIA APA SAJA KEPERLUAN TANAMAN

    BalasPadam
  4. Paritnya comel je wak patut mudah kering... kene dalamkan lagi kot wak... tp yelah persiapan kalau kemarau tidakla susah nanti

    BalasPadam
  5. IDEA yang baik wak mengunakan zink ke dalam kok. kok bagi nama di utara utk kalbat ini. hehe

    BalasPadam
  6. Salam WP
    Baru tahu ni namanya kalbat.. Rumah arwah atuk dulu mmg ada benda ni untuk menakung air hujan untuk mandian cucu2 yg datang, ada zink jugk di letak macam tu dan ada dua kolah air besar dibuat, yg tu tak boleh guna utk mandi kecuali air dalam kalbat dah kosong. Oh ya, ada kepala paip jugak dipasang pd kalbat tu, ntahlah, sy ingat2 cam tu jer la, hihi

    BalasPadam
  7. Jernihnya air parit tu Wak.
    Kami org utara panggil 'kok'. Hampir setiap rumah di kampung ada ni utk simpan air sebab bekalan air selalu terputus terutama di musim perayaan.

    BalasPadam
  8. baru nk tnye harga piro ., hehehe mantap kangji

    BalasPadam
  9. ala-ala telaga lah kan wak :)

    BalasPadam
  10. Kreatif, saya baru tau namanya kalbat wak hehe

    BalasPadam
  11. Kalbat ni kalau tempat saya dioanggil "koq"

    BalasPadam
  12. ide yang sangat baik. ini bisa bantu pertanian di masa kering. patut ditiru

    BalasPadam
  13. Mula2 kawin dulu puas la fikir apa dia kalbat... culvert rupanya... dah dijawakan

    BalasPadam
  14. Durian perlukan air, memang susah kalau tiba musim kemarau.
    Mahal rupanya harga kalbat ni.

    Kat rumah mertua ada 1, suka airnya sejuk.

    BalasPadam
  15. Dulu masa rumah kat kg belum ada air paip,arwah bapak ada beli kalbat ni dua tiga biji.Kalau dekat rumah leyak kalbat tu kena lah masukkan ubat jentik2 sebab air disimpan terdedah gitu je.

    BalasPadam
  16. Oh, saya biasa tengok ni, di ladang sawit. Bagus wak, buat persediaan awal.

    BalasPadam
  17. Bagus wak. buat persediaan sebelum berlaku.. oh, peribahasa melayu baru, sediakan kalbat sebeum kemarau. hahaha

    BalasPadam
  18. kat kampung ada ni ,baru tau apa function dia heheh

    BalasPadam
  19. Jernihnya air tali air tu...bleh rendam2 kaki x wak?

    BalasPadam
  20. Oh kalbat namanya. Balik kampung pernah juga nampak di kebun orang tapi tak pernah terfikir apa fungsinya

    BalasPadam
  21. Selalu tengok benda ni kat kampung tak tahu pun apa namanya

    BalasPadam
  22. memang kena letak zink macam tu ye? patutlah ada nampak orang letak kat kebun kebun.

    BalasPadam