Jumaat, 11 Disember 2020

JDT 07

 Salam bertani


Hujung minggu lepas cucu Melaka wak balik kampung.
Ikut pergi sungai, konon2 nak tolong atuk jaga lembu.
Baru kena sergah lembu dah melalak.


Cemilan petang semalam sebelum turun kebun.
Ubi rebus, sambal tumis dan ikan gelama kering goreng.


Anak pokok nangka mantin ni dah dua kali berbuah.


Tuaian keladi segar dari kebun.
Ada orang beli sampai berbelas ringgit sekilo.
Kat sini, adik beradik, jiran2, kawan2, wak bagi gratis aje.


Buah hati wak tepi sungai.
Si Kobit dan si Nana.


Pokok bunga pandan kuning.


Pokok bunga siti zubaidah kampungan


Pokok kacang panjang kat pintu dapur.
Nak buat nasik goreng, petik aje.


Budak2 bujang pendatang ni dah jadi bff


Luka lagi, angkara si Kecik, lembu degil wak tepi sungai.
Rasa nak jual aje si Kecik ni.

Salam bertani.

32 ulasan:

  1. Banyaknya tanaman wakkkk. Semoga tanaman wak terus subur. Kesiannya tengok luka wak tu. Semoga cepat sembuh ya..

    BalasPadam
  2. wak :( sakitnya tu ya Allah.. huaa... moga cepat sembuh wak..
    cucu melaka tu baru tiba dah ngs kena sergah dek lembu, mcm mna dia nak pusing kebun ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agaknya dia tenguk lembu2 tu lebih besar daripada dia, jadi takutlah pulak.

      Padam
  3. Kacang panjang tu sedapnya buat ulam tak pun urap ke..anak pendatang dengan izin mewah kasih sayang maka terus berkasih sayang. Ya Allah, ngilu rasa tengok luka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kerja kampung ni kalau kena luka2 kecil tu biasalah PC.

      Padam
  4. Ala ala comel nya cucu wak takut lembu ..
    Teruk juga lukanya tu ..ngeri tengok.

    BalasPadam
  5. Aduhh.. lembu menggigit jugak ye rupanya.. kenapa dia marah sampai gigit2 tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. lembu tak menggigit mamapp.
      Luka tu kena besi penambat lembu

      Padam
  6. Hahahaa lawak betul cucu wak ni..iyu la gayanya,udah melalak ^_^ luka tu..sapu ubat ye wak..kang melarat pulak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah dah beransur sembuh luka kat tangan wak tu.

      Padam
  7. Jangan disobot-sobot nak jual.. Kang kocik ati lombu tu.. Hihihi

    BalasPadam
  8. kesian cucunya.. Nangis tekejut lah tu

    BalasPadam
  9. lembu kecik2 mmg degil skit, dah cukup umur boleh buat qurban nanti baru dia behave.

    BalasPadam
  10. Sedihnya tengok cucu wak nangis. Ala sian wak, semoga lekas sembuh lukanya

    BalasPadam
  11. hahaha kesiannya cucu tu nangis

    BalasPadam
  12. baru tahu lembu kecik ni gigit org ke?hehehhe..salam perkenalan saj3 singgah disini n done follow

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih.
      Lembu tu tak menggigit.
      Si Kecik tu nama seekor ibu lembu wak bukannya anak lembu.

      Padam
  13. mesti nangis tengok atuknya kena gigit lembu tu..hiih seram tengok lukanya hati2 menjaga ternakan tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Luka wak tu terkena besi penambat lembu.
      Wak baru nak ketuk, lembu tu lari jadi besi tu terpelanting kena tangan wak.

      Padam
  14. Apa lembu tu buat sampai berdarah tgn wak tu, takkan lembu gigit orang?­čĄö
    Best boleh main petik2 je bila nak masak. Wak pandan kuning tu bunga ke boleh guna utk masak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan kena gigit lembulah Azi.
      Pandan kuning tu hanyalah pokok tanaman hiasan.
      tak boleh dibuat masakan.

      Padam
  15. wahhh cantiknya hydrangea pink! Best betul kalau duduk dekat dengan wak, boleh makan macam-macam haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hydrangea ni bunganya tahan sampai 3 bulan.
      Wak panggil pok bunga siti zubaidah kampung.

      Padam
  16. tenang jer tgk gambar-gambar wak.. ubi rebus tu sedappp la

    BalasPadam
  17. Adoiii...angkara lembu? dh kenapa plak luka? adoiiiiii....

    BalasPadam
  18. ngiluuuu rasa tengok luka tu Wak.. aiyooo..
    Wak jampi2 sikit dia kasi tenang.. uish bulu kucinggg yang sekor tu cantiknyaaa corak dia..

    BalasPadam
  19. cucu tak biasa dengan lembu. itu yang menangis kene sergah lembu. kesian dia. atok pun suka mengusik ye.

    untung betul ada pokok kacang tepi tu. senang nak buat nasi goreng petik je.
    banyak hasil keladinya. sedap buat sayur tu.
    Banyak betul pokok zaleha wak.
    Amboii kucing melepak santai dia
    Aduh, sakitnya tu wak luka dalam..apa lembu tu dah buat?

    BalasPadam
  20. Hehe, cian cucu, nangis. Ubi kayu dan sambal tumis dan ikan kering adalah sedap! Lembu bole gigit juga ke, wak?

    BalasPadam