Khamis, 10 Disember 2020

Induk Ayam Gajah

 Salam bertani

Wak menternak beberapa ekor induk ayam gajah untuk tujuan pembiakbakaan ayam kampung. Induk ayam gajah mempunyai saiz badan dan saiz telur yang lebih besar berbanding dengan ayam kampung. Wak kacukkan dengan pejantan ayam bangkok yang juga mempunyai saiz yang lebih besar daripada ayam kampung asli.

Induk ayam gajah tidak mengeram. Jadi wak eramkan telur-telur ayam gajah menggunakan induk ayam kampung dan ada juga menggunakan inkubator penertasan telur. Anak-anak ayam yang dihasilkan menyerupai ayam kampung tetapi saiznya juga lebih besar dan jangka masa untuk menuainya lebih singkat.


Induk ayam gajah.
Mempunyai saiz yang besar


Seekor lagi induk ayam gajah.


Pejantan ayam bangkok.
Baka ayam laga  Siam.


Wak kacukkan baka pejantan ayam bangkok
dengan induk ayam gajah.


Hasil kacukan.
Mempunyai saiz yang besar dan berdaging.


Anak-anak ayam kampung kacuk.
Pejantan bangkok dengan induk ayam gajah.


Sembelih induk ayam gajah pencen.
4 kg beratnya.


Salam bertani.



20 ulasan:

  1. Hebat Wak pandai buat kacukan ayam. Berisi betul tu dapat 4kg seekor. Boleh buat stok makanan sebulan :).Eza suka je topik2 ternakan dan tumbuhan ni, banyak Eza boleh belajar dari Wak. Terima kasih wak..

    BalasPadam
  2. wahh...gebunya ayam. sedapnya buat masak lemak

    BalasPadam
  3. Besar sungguh ayam jenis tu wak. Kat tempat saya dulu femes juga spesis besar, kami gelar ayam israel hahaha. memang besar sungguh

    BalasPadam
  4. syok makan wak, puas sebab besar... teringat dulu masa awal-awal popular ayam gajah ni... pernahla ada orang kampung buat kenduri dgn ayam ini... memang puas hati ayamnya bsr tapi tulah harganya agak mahal...

    BalasPadam
  5. BERATNYA AYAM GAJAH BANYAK DAGINGNYA TU

    BalasPadam
  6. Ayam gajah kadang sekor bila di masak penuh sekuali. Mertua PC dulu rajin bela banyak juga. Kecil pun besar apatah lagi dan besar makin besar kalau ayam gajah ni.

    BalasPadam
  7. besarnya ayam tu sekor 4kg!! mmg spesis gajah

    BalasPadam
  8. 4 kilo wak...beratnya...ayam jago atau babon tu wak

    BalasPadam
  9. Besarnya, wak, 4 kilo! Puas makan macam ni.

    BalasPadam
  10. 4kg? Puas makan sekor boleh masak macam2

    BalasPadam
  11. Wow sekor ayam gajah dh mcm 2 ekor ayam biasa.. mmg besar betul

    BalasPadam
  12. Owh, ayam ni namanya ayam gajah. Pernah beli anak ayam kat kamoung dulu & rupa ayam tu memacam ni la.. Rupanya ayam gajah

    BalasPadam
  13. 4 kilo???mak oiiii....beratnya badan dia...banyak dagng tu wak..daging keras macam ayam pencen?

    BalasPadam
  14. besar betul hasilnya wak. 4kg tu. Puas makan tapi ayam pencen liat sikit ek wak?

    BalasPadam