Jumaat, 14 Januari 2022

Prestasi Ternakan Lembu Tahun 2021

 Salam bertani

Sebenarnya wak nak cerita pasal cucu-cucu wak tepi sungai yang lahir sepanjang tahun 2021. Alhamdulillah, pada tahun lepas wak dapat lapan ekor anak lembu semuanya. Lima ekor jantan dan tiga ekor betina. Kira meriahlah sebab biasanya dapat tiga atau empat ekor aje setahun. Jom kenali mereka


Inilah pembuka rezeki tahun 2021
Min lahir pada 01.01.2021
Dah setahunlah umurnya



Rina lahir pada 15.01.2021
Besok birthday dia yang pertamalah

 

Bidin lahir pada 21.01.2021
Ambil nama sempena perlantikan presiden USA
pada tarikh tersebut


Yang ni namanya Pok Teh sebab ada tompok
putih di kepalanya.
Wak panggil Utih aje
Utih ni nampak paling besar sebab dia tak bertambat.


Anak dara cute ni lahir pada 04.08.2021
Wak namakan Mok Teh Jana sebab ada tompok
putih di kepalanya juga
Panggil Jana aje


Si Apis ni lahir pada 26.09.2021
Dah hampir 4 bulanlah umurnya


Baby manis ni lahir pada 02.12.2021
Baru sebulan lebihlah umur Nona ni


Cucu bongsu tahun 2021
Budak Napi ni pun ada tompok putih di kepalanya.
Napi (tak sikat tepi) lahir pada 17.12.2021

Saalam bertani.

26 ulasan:

  1. Wah banyakya lembu. Moga murah rezeki lagi wak :D

    BalasPadam
  2. ha ha nama comel2 semuanya
    Alhamdulillah merriah 2021 dgn ank2 lembu

    BalasPadam
  3. alahai comel-comel je semua ada nama

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah..rezeki thn 2021..

    BalasPadam
  5. Alhamdullilah.. seronoknya ada bela lembu macam nie..

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah...semoga bertambah-tambah rezeki wak dengan cucu2 wak ni 😁💕.

    BalasPadam
  7. Wah! Seronoknya cucu-cucu Wak. Semua tarikh lahirnya Wak simpan dalam diari.

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah..rezeki lebih dapat cucu ramai. Setiap nama ada je kisahnya kan.

    BalasPadam
  9. banya baby baru wah.. tarikh lahir min sama dgn mama laa

    BalasPadam
  10. Tergelak-gelak saya baca nama cucu Wak ni.

    BalasPadam
  11. Rezeki PKP ni....Cucu bertambah🤭

    BalasPadam
  12. meriha ye wak.. moga makin meriah di tahun 2022 ini..

    BalasPadam
  13. Meriahlah Raya tahun depan wak, cucu ramai hihi....

    BalasPadam
  14. sanah helwah rina..hari ni kan 15/1 hehe

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah rezki 21 cepat ja cucu2 tu besar kan

    BalasPadam
  16. Kacak dan lawa semua cucu wak, rasa nak picit2.

    BalasPadam
  17. Syukur. Sihat semua. Semoga tahun ini lebi berganda rezeki wak sekeluarga. Aamiin.

    BalasPadam
  18. Comel-comel nama semuanya..
    Semoga murah rezeki Wak..
    dan semoga cucu-cucu Wak sihat semuanya..

    BalasPadam
  19. Wak, kalau setakat setengah ekar cukup tak untuk bela kambing? Cadangnya nak bela sebab tanah tak cukup luas...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh sangat untuk buat kandang dan ada sedikit kawasan rayauan. Cuma tiadalah kawasan ragutan. Kena sediakan makanan ready made atau potong rumput dari kawasan lain.

      Padam
    2. Makasih Wak. Fikir nak berehat dari kerja pejabat hujung tahun ini. Mungkin kerap kena jumpa pejabat haiwan dan veterinar selepas ni untuk khidmat nasihat.

      Padam
  20. Amboiiiii nama gelemer semuanya. Alhamdulillah rezeki wak.

    BalasPadam
  21. Geram je nama lembu-lembu wak. Macam mana nak ingat tu. Tengok lembu semua sama je.

    BalasPadam