Khamis, 6 Januari 2022

Tanam Pokok Durian Musang King

 Salam bertani

Semalam wak menanam sepokok anak durian musang king (APM) untuk menyulam pokok durian lama yang bantut dan tak mahu membesar. Pokok lama tu wak tak buang, jadi ada dua pokoklah yang berdekatan. Harap-harap pokok baharu ini akan membesar dengan subur dan sihat.



Anak benih durian musang king dalam polibeg
sedia untuk ditanam. Tinggi 2 meter
Harganya lebih RM100


Tapak penanaman disediakan seminggu lebih awal
Tambahan dolomite, CIRP dan furadan


Buka bahagian bawah polibeg terlebih dahulu
Buangkan akar bergulung di bahagian bawah polibeg


Letakkan anak benih di tapak penanaman
Pastikan bahagian bawah polibeg sama tinggi
dengan aras tanah


Polibeg telah dibuka


Tambunkan tanah di sekeliling perdu pokok
sehingga menjadi busut.
Bacakan doa menanam pokok.


Anak pokok durian musang king setahun di lapangan


Anak pokok durian musing king dua tahun setengah


Pokok durian musang king dewasa yang sudah
beberapa kali berbunga dan berbuah.

Salam bertani.


37 ulasan:

  1. Sy ada baca, sekarang org tanam musang king utk persediaan bersara Wak... tanam sekarang. bila bersara nanti tuai hasilnya :)
    Moga pokok Wak tu tumbuh elok & lebat buahnya nanti aamin

    BalasPadam
  2. tgu hasil berbuah nanti seronok la layan durian musang king tu

    BalasPadam
  3. Nanti sampai musim dia mesti best kan wak, boleh nikmati buah tersebut.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada juga beberapa pokok durian MK di dusun wak yang sudah berbuah

      Padam
  4. menambah pokok durian yang sedia ada ya wak, untung ada dusun buah ni ye wak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wak tambah anak pokok durian MK menggantikan pokok pulasan

      Padam
  5. saya..daripada 10 , 3 aje yang hidup. itulah kan... buat kerja tanpa ilmu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jaga anak durian ni memang rumit
      ngalahkan jaga baby

      Padam
  6. Mudah-mudahan pokok durian wak ni membesar dengan elok dan bertumbuh dengan jayanya.

    BalasPadam
  7. sy dari hari tu lagi wak nak tanam musang king. tapi tak tertanam juga. tgk wat punya musang king ni rasa nak kena tanam jugak nanti ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bolehlah tanam sendiri, boleh puas makan nanti
      Kalau asyik beli aje memang tak berbaloi

      Padam
  8. Masih terasa sedapnya durian wak hari tu. Semoga pokok2 yg wak tanam terus subur dan memberikan hasil yg lumayan, Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnn.

    BalasPadam
  9. Semoga tumbuh dan berbuah kelak.

    BalasPadam
  10. semoga membesar & bebruah dgn jayanya..

    BalasPadam
  11. Nanti boleh lah tuai hasilnya. Lumayan.

    BalasPadam
  12. Nanti dah dapat hasilnya panggil SA wak...nak rasaaaa...hehehe

    BalasPadam
  13. Hehe harap berhasil anak benih baru.

    BalasPadam
  14. Dah kembali musim buah ni wak.. Dua hari lepas beli durian kampung, 2 biji RM70.00 :)

    BalasPadam
  15. wahh.. terus terbayang keenakan MK ni. semoga hasilnya memberangsangkan

    BalasPadam
  16. Semoga cantik cantik hasilnya nanti Wak. Jangan lupa share gambo hehe

    BalasPadam
  17. Alhamdulillah...semoga dilimpahan hasilnya

    BalasPadam
  18. wah! Kayalah wak nanti bila durian tu gugur. buleh jual. ribu riban tu dpt nanti...

    BalasPadam
  19. Waa.. berapa tahun dot tuai ni wak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau subur elok
      5/6 tahun baru belajar berbuah

      Padam
    2. Saya ada satu arwah abah tanam. Dah lebih sepuluh tahun tak nak berbuah.

      Padam
  20. MOGA MEMBESAR SUBUR POKOK DURIAN YG DITANAM XLAMA BERBUAHLH TU

    BalasPadam
  21. Alhamdulillah, seronok ada tanah bole tanam berbagai pokok.. semoga membesar dan memperolehi hasil.

    BalasPadam
  22. Alhamdullilah.. seronok lah bila ada pokok durian musang king sendiri kat kebun..

    BalasPadam
  23. Mujur wak tak buang. sayang tu benihnya mahal. Semoga hidup sihat dan berhasil semua tanaman wak. Aaminn...

    BalasPadam
  24. Wahhhh.. Menarikkk..Musanggg Kinggg gituh..

    Wak, meh bagi details.. sebab jadi top pengomen kat blog saya untuk tahun 2021..Saya tengah tunggu ni..... Emel alamat dan no hp ye..

    Emel saya: nur2dunia@gmail.com

    BalasPadam