Isnin, 22 Mac 2021

Rambutan Sudah Berbunga

 Salam bertani

Beberapa pohon rambutan dewasa di dusun WP sudah mula mengeluarkan bunga berikutan cuaca panas sekarang. Ada pokok rambutan jarum emas, rambutan anak sekolah, rambutan deli cheng, rambutan gula batu dan juga rambutan gading. Semuanya sedang lebat berbunga dan mudah-mudahan menghasilkan buah yang lebat pada kali ini.

Sebelum berbunga, pada bulan januari yang lalu wak telah menaburkan baja penggalak bunga kepada semua pokok buah-buahan dewasa. Wak gunakan baja sebatian 12:12:21 (baja biru).


Bunga rambutan yang baru terbentuk.
Pokok rambutan berbunga di hujung dahannya.


Poko rambutan anak sekolah mula mengeluarkan bunganya


Pokok rambutan gula batu juga lebat mengeluarkan bunga


Pokok rambutan jarum emas ini baru dipangkas pada
tahun lepas. Juga mengeluarkan bunga.


Sepohon rambutan jarum emas yang besar, 
rimbun dan rendang juga lebat berbunga.


Mengeluarkan bunga di setiap pucuknya.


Rambutan deli cheng


Rambutan gading berbunga hingga ke atas tanah.


Buah rambutan jarum emas pada musim yang lepas.



Salam bertani.

23 ulasan:

  1. Ni kalau kupas rambutan siap siap pastu letak dalam bekas, simpan dalan peti pastu makan time rambutan dah sejuk pada cuaca panas memang sedap hehehe.

    BalasPadam
  2. best nya wak... rambutan merah je ke?
    rambutan gading takde ke?

    BalasPadam
  3. Tu kalau semua berbuah puas makan wak.

    BalasPadam
  4. INSYA ALLAH HASILNYA KELAK SELEBAT BUNGANYA

    BalasPadam
  5. sempat ke masak waktu raya nanti wak?

    BalasPadam
  6. Tak sabar nak makan rambutan👍👍

    BalasPadam
  7. Buat rambutan mak saya dah berbuah..tp semua dh dimakan dek monyet..yg lagi geram, pandai pilih lak tuh..yg xmasak dia buang2kannye.

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah, pokok rambutan di kampung pun mama cakap ada berbunga. Moga ada rezeki boleh menikmatilah.

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum wak. Saya baru tahu ada mcm2 jenis nama rambutan. Selama ni saya tahu ada rambutan merah & hijau je hehehe

    BalasPadam
  10. Tak lama lagi penuh kerengge la ni...!

    BalasPadam
  11. Banyak jenis rambutan Wak tanam.

    BalasPadam
  12. wah meriah,banyak jenis rambutan di dusun WP

    BalasPadam
  13. 🎼Bulat bulat, bulat bulat 🎵
    Banyak rambutnya
    Bulat bulat, bulat bulat
    Mekar isinya
    Dipicit pecah di tangan Masuk mulut sedap sekali Dipicit pecah di tangan Masuk mulut sedap sekali🎶
    ( pinjam lirik lagu Sweet Charity)😁😁😁

    BalasPadam
  14. tak lama lagi berimbun merahhh ! huaa my favorite fruit

    BalasPadam
  15. Macam-macam nama rambutan ye wak.

    BalasPadam
  16. rendang betul pokoknnya. senang nak petik buahnya nanti tak payah pengait dah.

    BalasPadam
  17. Semoga menjadi hendakNya.

    Mesti puas makan dan meriah hasil jualan nanti

    BalasPadam
  18. SA prefer rambutan gading tu...sedapnyaaa...dapat yang besar2 gemuk2...uiiii...

    BalasPadam
  19. rambutan dak sekolah kegemaran tu.

    BalasPadam
  20. Ada kalanya, orang yang ada pokok buah-buahan ni, sampai tak larat nak makan buah. Hingga tak habis nak makan buah di atas pokok..

    BalasPadam
  21. Ooo rambutan pun sama yaa Wak.. saya nampak pokok pelam sekarang kemain banyakkk bunga kannnn

    BalasPadam
  22. wow lebatnyeee..seronok nye berjiran dgn wak nih heheee

    BalasPadam
  23. Alhamdullilah.. berbunga lebat ya pokok rambutan kali nie Wak..

    BalasPadam