Selasa, 30 Mac 2021

Mengolam Dusun

 Salam bertani.

Alhamdulillah, wak selesai membina sebuah kolam takungan air di dusun. Wak upah jentera pengorek menggali kolam di tengah-tengah dusun. Jadi takdelah masalah bekalan air bila kemarau nanti.  Selepas ini wak akan menggunakan pam penyedut air untuk menyiram tanaman terutama sekali anak-anak pokok durian.


Sebuah kolam takungan air siap dibina 3 hari yang lepas.
Air hampir memenuhi kolam kerana musim hujan sekarang.


Jentera penggali memulakan kerja mumbuat kolam


Penggalian kolam sedang dijalankan


Kolam hampir siap


Kolam yang telah siap dibina beberapa hari yang lepas.
Saluran air masuk itu akan wak pasangkan paip PVC
dan tanahnya akan ditutup semula.
Wak nak mancing ikan puyu untuk dimasukkan ke dalam
kolam baru ini.



Salam bertani.


24 ulasan:

  1. Rajin betul Wak nie.. ada aja yang nak dibuatnya. Kita tengok pun seronok.. hehehe..

    BalasPadam
  2. wah, kenapa ikan puyu, wak? Ikan ruan ok jugak wak, hihi

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah... Betul wak air penting untuk tanaman dan hidupan πŸ‘πŸ‘

    BalasPadam
  4. kot panas lepas ngerumput, bolehla njebur kolam ye wak hehehhe...

    BalasPadam
  5. wah meriah..bebaik wak, nnt cucu2 balik igt nak mandi kolam tu plak hehe

    BalasPadam
  6. Besar juga kolam 4 segi wak tu ye.

    BalasPadam
  7. Rajinnnnn wakk bertani. Moga moga durian berbuah dengan banyakk.

    BalasPadam
  8. Seronok tengok Wak bertani :)

    Saya dah update bloglist pertama saya https://adindabaizuramazlan.blogspot.com/2021/03/pengomen-tegar-mac-2021-bloglist-april.html

    BalasPadam
  9. Wah.. Makin advance dusun Wak. Semoga tanaman menjadi

    BalasPadam
  10. wahhh bole mandi tak dalam kolam tu nanti wak..hahaha

    BalasPadam
  11. Wahhh banyak modal tu wak. Bestnya petani moden.

    BalasPadam
  12. bestnya petani moden siap kolam ikan! jeles kita :D

    BalasPadam
  13. Pelihara sekali ikan keli.. Lumayan.

    BalasPadam
  14. wowww bestnyaaa ada tanah sendiri. niii sy dpt bela ikan dlm aquarium jaaa.hahahaha

    BalasPadam
  15. Wah,lepas ni memancing puyu la pulak sebagai terapi selepas penat berkebun.Seronoknya ...

    BalasPadam
  16. wahhh 😲 kalau panas nanti, boleh terjun kolam tu πŸ˜‚ hehe

    BalasPadam
  17. Ehhhh, very nice wak!!! Kipidappp.. hehee

    BalasPadam
  18. Bagus wak, musim hujan ni sedang elok buat kolam bekalan air.

    BalasPadam
  19. Meh ambik sikit ikan talapia saya kqt kolam buat benih...hihihi

    BalasPadam
  20. Boleh tahana dalam tu...jangan biar budak- budak kecik memain kat situ dah la...risau..

    BalasPadam
  21. lapangnyaa kawasan, ini boleh buat swimming pool ni

    BalasPadam
  22. Musim hujan sekejapan air Naik ye wak. Nanti jadi kolam.ikan puyu la ni

    BalasPadam