Jumaat, 9 Oktober 2020

Buah Betik Panjang

 Salam bertani.

Sepohon betik di hadapan rumah wak berbuah panjang. Beberapa biji buahnya sudah dituai. Wak nak kongsikan rupa paras buah betik panjang yang telah matang dan telah dipotong. Alhamdulillah rasanya memang sedap dan segar apatah lagi setelah disimpan di dalam esbok.



Buah betik panjang matang yang dibelah dua.
Isinya berwarna merah, tebal dan manis.


Pokok betik berbuah panjang.
Beberapa biji buahnya sudah dituai.
Tangkai buah dan tangkai daun berwarna hitam.
Pokok betik ini wak ikat dengan tali, takut tumbang.


Sebiji buah betik panjang yang matang 
bersama sesisir buah pisang nangka.


Sebahagian belahan buah betik panjang.
Hanya mengandungi beberapa biji benih sahaja.


Siap potong 4 bahagian sebelum disimpan dalam esbok.
Makan sejuk-sejuk baru segar.


Pohon betik ini sama benih dengan pohon betik berbuah panjang.
Tetapi peliknya buahnya bujur pula.
Cuma tangkai daunnya sama berwarna hitam.

Salam bertani.

26 ulasan:

  1. Sedap tu buah betik tebal dan manis. Snack yang menyihatkan, penuh khasiat.

    BalasPadam
  2. Mudah hendak bersihkan sebab biji sedikit.
    Saya punya betik di rumah gemuk dan banyak biji.

    BalasPadam
  3. Eh bestnya tak banyak biji! Jarang jumpa betik panjang. Biasa yang bujur gemuk2 tu...

    BalasPadam
  4. Kegemaran saya ni..tak banyak biji..senang nak kupas

    BalasPadam
  5. Panjangnya..memang subur bajanya tu.

    BalasPadam
  6. Buah betik panjang dengan buag betik bulat atau lonjong memang sama-sama buah betik tapi rasanya sedikit berlainan bagi PC lah..sedapnya la.

    BalasPadam
  7. Kalau tak salah saya, yang buah panjang itu jenis betik dwijantina / hermafrodit dan yang bulat tu jenis betik betina ...

    BalasPadam
  8. Sebelah mana bahagian buah yang tumbuh menghadap luar dan dalam Wak sebab ada sebelah kulit Nipis dan sebelah ada tebal sikit hehehe...

    BalasPadam
  9. Dekat area perumahan sy ni ada org tanam betik panjang ni Wak. Buahnya bersusun-susun lebat sungguh. Geram tengok :)

    BalasPadam
  10. Betik dulu2 zaman saya kecil kebanyakkan betik panjang macam ni la..

    BalasPadam
  11. ish panjangnya betik...jrg2 nampak

    BalasPadam
  12. Sekarang musim hujan susah nak tanam betik. takut benih mati hhee

    BalasPadam
  13. Untung wak tanam pokok betik ni. biji sikit je tu, isinya banyak. Nampak betul fresh tu wak. Elok juga isinya. Pelik juga tu benih sama tapi 2 pohon betik yang bentuknya berbeza.

    BalasPadam
  14. wow pnjg juga buah betik tu..sedap mkn sejuk2 hehee

    BalasPadam
  15. ni kalau jual sebiji (buat buah potong) boleh untung smpi RM10 hehehehe

    BalasPadam
  16. eh eh jarang saya jumpa buah betik panjang gini wak...betik ni febret gak ni sebab bagus untuk penghadaman dan pembuangan haa gituuu

    BalasPadam
  17. wow. tapi saya tak suka makan buah betik. huhu. rugi kan

    BalasPadam
  18. wow.. panjangnya.. Sha suka simpan peti ais, lepas tu baru makan.. Makan guna sudu je.. hehehe..

    BalasPadam
  19. Wak...ape nm betik ne ...nk beli benih bole x

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betik biasa2 aje.
      Wak tak jual benihnya.
      Kalau tanam pun kadang2 tak jadi macam induknya.

      Padam