Isnin, 5 Oktober 2020

Nona Manis Tepi Pagar

 Salam bertani

Ada sepohon pokok nona yang wak tanam di tepi pagar rumah kira-kira tiga tahun yang lalu. Pokok nona tersebut sudah mula berbuah dan wak sedang menantikan masa buahnya akan matang. Walau pun baru pertama kali berbuah, tetapi buahnya agak lebat melebihi 30 biji.

Pokok nona ini adalah daripada jenis nona kampung (nona kapri) yang jarang-jarang ditemui. Sejenis lagi pokok nona yang biasa dijumpai ialah nona serikaya yang buahnya berwarna hijau. Buah nona membekalkan pelbagai khasiat kesihatan sekiranga kita sering menggunakannya.

Pokok nona kampung ini mudah dibiakkan melalui semaian biji benih dan boleh juga menggunakan kaedah tut/markot


Buah nona kampung berwarna perang semasa muda
dan akan bertukar kemerahan apabila matang.


Inilah sepokok nona yang hidup di tepi pagar rumah wak.
Sedang berbuah sulung melebihi 30 biji.


Kebanyakan buahnya masih muda sebesar penumbuk


Kesemua dahannya menghasilkan buah.
Tumbuhan yang melilit itu adalah pokok timun tikus.


 Buah di bahagian bawah
berjuraian hampir ke tanah.


Berjuntaian di tepi pagar.


Setangkai 3 biji.


Pokok nona tersebut pada 3 tahun yang lepas.
Semaian daripada biji benih.

Salam bertani.

21 ulasan:

  1. Besar-besar buah nona tu. Jarang jumpa buah ni sekarang.

    BalasPadam
  2. sedapnya buah nona, dulu nenek selalu bagi saya makan :)

    BalasPadam
  3. Saya tak pernah makan buah nona, ingatkan rasanya masam, teringat pulak kuih nona manis, hehe

    BalasPadam
  4. LEBATNYA BUAH NONA TAKPERNAH RASA LAGI

    BalasPadam
  5. tak pernah skali pun rasa buat nona ni.. huhuh

    BalasPadam
  6. Yg ni tak pernah rasa, yg hijau tu adalah pernah beli. Buah2 kampung yg rare ni dah payah nak jumpa sekarang

    BalasPadam
  7. suka buah nona...Alhamdulillah, banyak buahnya..

    BalasPadam
  8. Oooo... macam ni tumbuhnya....

    BalasPadam
  9. Lama tak makan buah nona ni...skrg mcm susah mau jumpa

    BalasPadam
  10. nanti dah masak , nak tengok isi dalam nya.. Buat telan2 air liur pun jadi lah ..hahahha

    BalasPadam
  11. Aroma wangi nona ni menyegarkan.Baru cakap dengan babah,bah tak nak tanam pokok nona ke.Hehehehe.

    BalasPadam
  12. Lebat buahnya, kami takde rezeki sangat semua kena gigit tupai sebelum ranum betul.

    BalasPadam
  13. tak pernah makan buah ni wak..huhu

    BalasPadam
  14. Banyaknya buah nona. Tak pernah makan buah nona

    BalasPadam
  15. pertama kali saya tgk buah ni wak :)

    BalasPadam
  16. SA suka makan nona manis..kadang belinyg kat MBG .tp oversea punya la...mmg mahal tp puas hati

    BalasPadam
  17. Tak pnh rasa lagi. kalau ada boleh cuba nii

    BalasPadam