Ahad, 25 Oktober 2020

Membiakkan Pokok Ketum Ayam.

 Salam bertani.

Alhamdulillah, beberapa pokok ketum ayam yang wak tanam di dusun sudah membesar dan boleh menghasilkan anak benih. Beberapa minggu yang lepas wak membiakkan lebih kurang dua puluh pokok dan hari ini wak menanam lapan belas pokok lagi. Anak benih yang terhasil wak terus tanam di tapak penanaman tanpa menyemainya terlebih dahulu kerana wak menggunakan keratan batang berakar. Dahan pokok ketum ayam yang berada di bahagian bawah pokok akan mengeluarkan akar udara sebelum menjalar ke dalam tanah dan sesuai dijadikan bahan penanaman baru.


Pokok ketum ayam yang wak tanam pada bulan April yang lepas
daripada benih keratan batang yang wak semai dalam polibeg
 sebelum dipindahkan ke tanah.


Dahan pokok ketum ayam mengeluarkan akar udara
dan membentuk pokok baru di sebelah pokok induknya.


Dahan pokok yang berakar sesuai dijadikan bahan penanaman.


Bahan penanaman yang akan terus wak tanam di tapak 
penanaman tanpa disemai dalam polibeg.


Anak pokok yang baru ditanam seminggu yang lalu.
Sudah mula mengeluarkan tunas baru.
Perlu disiram setiap hari sekiranya tidak hujan.


Anak benih tanaman berumur seminggu sudah
mula mengeluarkan pucuk baru.
Wak tanam di tepi pagar dusun.


Bahan penanaman yang baru wak tanam pada pagi ini.


Bahan penanaman baru perlu dibuang daunnya untuk
mengelakkan layu dan mati kerana sejatan.
Daunnya wak gunakan untuk dijadikan makanan ayam kampung.


Pokok ketum dewasa yang sudah boleh dituai dan
boleh menghasilkan anak benih penanaman.

Salam bertani.

47 ulasan:

  1. Sekali tengok macam pecah beling.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha aa macam daun pecah beling
      Cuma lebih lebar dan pokoknya lebih besar

      Padam
  2. ooo... Ayam kampung pun makan daun ketum jugak ye... Pokok Ketum Ayam nie dengan Pokok Ketum lagi satu... tak sama erkk...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak sama
      yang ni pokok untuk dijadikan makanan ayam.

      Padam
  3. subur menghijau pokok ni agaknya boleh juga dibuat sayur kut

    BalasPadam
  4. Wakk nak buat apa aje daun ketum tu? Boleh makan ke Wak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Poko ni unntuk makanan ayam kampung yang wak bela tu.
      mengandungi protien yang tinggi dan rendah lemak.

      Padam
  5. Rimbunnya.
    Ada akar udara, akan membiak merata-rata la kan wak?

    BalasPadam
  6. Pokok ketum ayam ni sama ke dengan pokok ketum yang satu lagi tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak sama DP
      Yang ni tak memabukkan tetapi hanya untuk makanan ternakan

      Padam
  7. Sekali imbas macam pecah beling pokok nya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hampir sama tetapi daunnya lebih besar dan lebar berbanding pokok pecah kaca tu.

      Padam
  8. Balasan
    1. Sesuai dijadikan makanan ternakan
      mengandungi protein yang tinggi dan rendah lemak.

      Padam
  9. banyaknya WP tanam pokok ketum ayam,
    Apa kegunaannya pun Mrs. A tak tahu, kesian....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Daunnya wak gunakan sebagai makanan tambahan untuk ternakan ayam kampung.

      Padam
  10. Pokok ketum ayam ni orang buat apa ye? Ubat ke?

    BalasPadam
  11. ketum ayam ni sama ke dgn ketum yg orang selalu rebus buat air tu?

    BalasPadam
  12. Macam daun pecah beling pulak nampaknya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hampir2 sama
      tetapi daun pokok ki berbulu sikit.

      Padam
  13. ketum ini ke yang selalu orang buat minuman tenaga tu ye wak?

    BalasPadam
  14. Ayam pun ada ketum dia noo..๐Ÿ˜‚

    BalasPadam
  15. Nak bagi ayam makan, kena campur dengan makanan ayam ke atau bagi camtu jer wak?

    BalasPadam
  16. Wow.. baru tahu ada nama pokok niiii... adehh.. hihi

    BalasPadam
  17. senang nya nak dibiak kan ye wak...
    lagilah bila dia ada akar macamtu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nampaknya yang wak biakkan semuanya hidup.
      Cuma mula2 kena siramlah.

      Padam
  18. Tak pernah tahu tentang pokok ketum ayam.
    Daun ketum pernah dengar.

    BalasPadam
  19. baru first time mia dengar nama pokok ni...

    BalasPadam
  20. Ada macam-macam spesis ketum rupanya

    BalasPadam
  21. Oo ayam makan ye Daun ketum ni

    BalasPadam
  22. Ayam mkn sayur wak..rare sgt nih..

    BalasPadam
  23. Elok hidup subur. Tak perlu beli dah. Petik je bagi ayam makan pokok pun dah makin banyak. terbaik wak!

    BalasPadam
  24. Owh.. wak tanam untuk jadi makanan ayam eh.. patutlah banyak wak semai..

    BalasPadam
  25. Owh..baru tau..ingat sama ngan daun ketum yang org duk curi2 tanam tu...

    BalasPadam
  26. wah nampak mcm sama dengan daun ketum yg illegal tu.

    BalasPadam