Jumaat, 2 Oktober 2020

JDT 04

 Salam bertani


Budak hitam ni namanya Tamdi.
Daripada perkataan Hitam dan Gedi (besar).
Tamdi dah berumur 3 tahun.
Wak cadang nak buat pejantan (baka).
Tamdi termenung sebab tebing sungai baru digali
jadi rumput ragut berkurangan.


Budak putih ni asalnya adalah PATI
(Pendatang Asing Tanpa Izin).
Sampai rumah wak masa baby lagi.
(Orang buanglah tu).
Sekarang kira dah dapat ic kat rumah wak ni.
Kalau bergambar, suka duduk macam tu, tak malu
nampak perut.



Bawa balik dari dusun.
Pn is3 pesan, nak buat apantah.


Anak pokok durian musang king umur 2 tahun lebih.
Bela anak pokok durian susahnya ngalahkan bela anak sendiri.
Sebab tu agaknya harga durian MK ni mahal.



Ikan seluang goreng celup tepung bestari.
Rangupnya sampai tulang2 pun ditelan.
Ni diratah sekali hadap aje.


Waak suka tanam dan makan buah betik
Bagus untuk melawaskan sisten pencernaan kita.
Makan buah dulu baru makan nasi.


Buah nanas MD2 dan buah pisang 40 hari.
Sendiri tanam sendiri makan.


Hari Jumaat, anak2 ayam kampung ni wak pindahkan
ke reban tanah.
 Sebelum ni duduk di sangkar berlantai selama 2 bulan.
Lagi 2 bulan baru boleh tuai.

Salan bertani.


23 ulasan:

  1. comelnya tamdi.....hehehe

    BalasPadam
  2. nikmatnya hidup bertani..

    banyak makanan .

    makanan pula sihat-sihat

    BalasPadam
  3. Kacaknya tamdi mmg layak jadi hero tu..untung sgt dpt makan sumber berkhasiat hasil tanaman sendiri..sedapnya anak seluang goreng

    BalasPadam
  4. Handsome Tamdi sesuai buat baka.
    Spring chicken tu nyum nyum.

    BalasPadam
  5. seronok tgk PATI dah dpt IC dekat rumah wak! hehehe

    BalasPadam
  6. Tamdi, kalau org pakai nama ni ok gak ni, haha..sian dia makanan dah sikit ye

    BalasPadam
  7. tamdi nampak sesuai sangat jadi pejantan,gagah!

    BalasPadam
  8. wahhh tamdi pemes la duk dlm blog wak ni haa..
    menarik semua gambar2 wak..
    pati pulak..hehee perut tu cover skit ^_^

    BalasPadam
  9. Tamdi gagah perkasa.Hai si budak Phutih gendut.Hehehe.

    BalasPadam
  10. Tamndi tu nampak garang, sesuai lah nak jan penjantan.

    BalasPadam
  11. indahnya hidup rapat sama alam dan berbudi pada alam.

    BalasPadam
  12. meriah nye kebun WP..kalau WP kata bosan duduk rumah mmg tak patut. hehehe.. banyak benda boleh buat..ternakan pn banyk.kagun ngn WP... doakan ummi boleh bli tanah.sekurangny utk pertanian.hehehe

    BalasPadam
  13. Temdi confirm stress tu muka tak puas hati je

    BalasPadam
  14. Dah berjaman tak jumpa ikan seluang Wak! Mujur sy tak mengidam hihi..

    BalasPadam
  15. Salam kenal Tamdi.
    Nanas tu Wak, sedap cincang, rebus bubuh gula, cengkihdan kayu manis!Nyaman!

    BalasPadam
  16. Kelakar Pula namampati dgn tamdi hihiii

    BalasPadam
  17. Wak.. mangga tu meh pos sini sikit wak..
    Comellah Pati tu..
    Tamdi tu handsome sangat..

    BalasPadam
  18. ikan seluang. lama tak makan tu wak. goreng letak garam dan serbuk kunyit pun sodap!

    BalasPadam