Ahad, 2 Mei 2021

Tebang Pokok Getah Tua

 Salam bertani

Wak tengah uruskan penebangan pokok getah tua di kebun pusaka di belakang rumah wak. Tanaman pokok getah tersebut sudah mencecah lebih 40 tahun dan sudah lama tidak bertoreh. Sejak harga getah buku merundum di bawah RM2.00 sekg, wak sudah tidak menoreh lagi. Walau bagaimana pun kebun pusaka ini tetap wak jaga dan bersihkan supaya tidak menjadi sarang haiwan perosak.

Wak berhasrat untuk menggantikan pokok getah tua ini dengan tanaman pokok kelapa sawit kerana pengurusannya lebih mudah dan cepat mengeluarkan hasil. Kerja-kerja pembersihan kebun dijangka akan selesai sebelum raya dan kerja-kerja penyediaan tanah seperti membajak , membuat jalan dan  parit akan dilaksanakan selepas raya.


Sebahagian daripada pokok getah tua di kebun pusaka.
Pokok getah yang memberi makan kepada wak dan
adik beradik semasa membesar dan bersekolah dahulu.


Riwayat dan jasa pokok-pokok getah ini akan berakhir
dan akan digantikan dengan tanaman baharu.


Kayu pokok getah tua amat berharga sekarang.


Jenazah pokok getah sebelum diangkut ke dalam lori.


Kerja-kerja mencabut dan menumbangkan pokok getah
 sedang dijalankan.


Kerja-kerja memunggah kayu getah ke dalam lori sedang dijalankan.


Kayu getah akan dihantar ke kilang untuk diproses.


Tunggul pokok getah pun diangkut sekali.


Pokok-pokok getah tua yang banyak berjasa kepada wak dan 
adik beradik akan jadi sejarah dan kenangan sahaja.
 Masing-masing ada pengalaman membersihkan kebun,
 menoreh, memproses getah semasa zaman membesar dahulu.
 Juga tidak dilupakan jasa dan pengorbanan arwah bapa
 yang meneroka dan mengusahakan kebun keramat ini.

Salam bertani.


48 ulasan:

  1. Wak.. kenapa tak tanam musang king.. 😃

    BalasPadam
  2. banyak modal nak bersihkan kebun ni wak.
    harap tanaman lepas ni hidup subur.

    BalasPadam
  3. Pokok getah orang guna buat apa wak?

    BalasPadam
  4. Kemas dan mesti banyak kerja kena buat.

    BalasPadam
  5. Wah,bertambah kayo la Wak.Kalau kat Kedah kayu getah dijual dengan harga antara RM7k-RM10k serelung,bergantungbkualiti kayu.Lagi tua umur pokok getah & lagi besar batang getah,maka harga lagi tinggi.Nak tanam semula pun RISDA bagi bantuan.Semoga harga getah kembali gemilang macam 15 tahun dulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biar betul bang? Saya ada 3 ekar getah tua di N9. Call saya 0172831123

      Padam
  6. mugo bertambah rezeki wak sekeluarga adek neradik.. aminn

    BalasPadam
  7. kebungetah bersih terjaga walau hasilnya tidak dikutip..semoga tanaman sawit kelakhasilnya lumayan..sawit kak kat kebun felda asik saja dicuri la ni..maklum harganya tinggi

    BalasPadam
  8. Kalu jaman kecik dulu bila ada org perun kebun getah tak lama lps tu jadi pesta kutip jamur gerigit dan proses kayu getah simpan bawah rumah buat stok masak.skrg tak merasa sbb kayu getah ada harga

    BalasPadam
  9. Semoga tanaman baru nanti membawa hasil yg lebih lumayan

    BalasPadam
  10. Tanam sawit pun untung sangat tu wak. Tinggal kenangan tanaman pokok getah ni. Kalau dekat boleh beli kayu potong buat pemotong untuk props gambar saya.

    BalasPadam
  11. kalau dulu-dulu kalau tebang pokok getah akan dibakar, pastu kalau musim hujan batang getah tu akan tumbuh cendawan kukur, best mengutip cendawan tu wak oi... sekarang mesti dijual kan kayunya

    BalasPadam
  12. Lepas dah tebang pokok getah tua, wak tanam pokok apa pulak wak?

    BalasPadam
  13. Dolu2 kalau tebang pokok getah...seronoknya kalau lepas tu hujan nanti banyak cendawan terkukur tumbuh kat pokok yang terdampar di tanah. sekali petik cendawan tu macam-macam kami buat. Ala rindunya semasa dahulu.

    BalasPadam
  14. Ada kenangan indah yang sukar dilupakan kan wak. Nanti batang getah ni bertukar menjadi perabot.

    BalasPadam
  15. Sama Wak...kami pun membesar dgn duit getah sekerap. Manis sgt kenangan ikut mak menoreh. Paling best time kutip getah dan bermain-main dlm kebun. Bestlah Wak!

    BalasPadam
  16. pokok belakang rumah mentua sebaya dengan anak sulung saya... 13 tahun. tapi jenis pokoknya tak banyak getah.

    BalasPadam
  17. Penat tu, wak. Tebang pokok getah.
    Saya pernah beli perabot yang dibuat dari batang pokok getah.

    BalasPadam
  18. Bersihnya kebun getah WP tapi dah tinggal kenangan ya.

    Wah! lumayan tu hasil jual kayu getah nih!

    BalasPadam
  19. wahhh.. bestnya wak ada kebun getah sendiri.. boleh ganti pokok durian pula nie..

    BalasPadam
  20. luasnya kebun wak.. masyuk jugak tu jual btg pokok getah tu kn wak??

    BalasPadam
  21. Kebun getah kenangan...
    Moga maju jaya wak dengan kebun sawit pulak lepas ni.

    BalasPadam
  22. Kayu getah dijadikan perabut..mahal harganya

    BalasPadam
  23. Kebun Getah Wak dalam Kenangan.
    Kebun sawit plak ye..
    Kami plan nak tanam semula sawit kat tanah kampung.
    Tapi entah bila xtahu la..
    Semoga sihat selalu wak..

    BalasPadam
  24. Kebun getah dalam kenangan Wak. Nostalgia sungguh! Moga tanaman kelapa sawit lebih lumayan hasilnya.

    BalasPadam
  25. Alahai...kebun arwah atuk pun ada dah org tanya nak beli kayu getah tapi harga murah sgt,SA x bagi adik beradik mak jual..macam nak amik kesempatan je...

    BalasPadam
  26. Walaupun dh tua. Kayu pokok getah boleh dibuat perabut

    BalasPadam
  27. Berjaya pokok getak sampai ke tunggulnya pun Ada kegunaannya

    BalasPadam
  28. assalam, brapa kos untuk menebang pokok getah?tidak termasuk tunggul..
    0133525263 dd

    tQ

    BalasPadam
  29. assalam, brapa kos untuk menebang pokok getah?tidak termasuk tunggul..
    0133525263 dd

    tQ

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tiada kos
      Kita boleh dapat dalam RM5K seekar
      Kebun bersih siap bakar

      Padam
  30. Saya nak bersihkan tanah terbiar dng pokok getah dalam seekar. Hubungi 0192100900

    BalasPadam
  31. Kebun getah dah lama terbiar
    Bole tlg dptkan phone no utk pembersihan & tebang pokok2 getah
    Hubungi manja 0193137178

    BalasPadam
  32. Saya Ada getah Tua 25 tahun .
    Tgh mencari kontraktor.
    SILA HUBUNGI SAYA 0139651943 Naja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pembeli pokok getah dan bersih kawasan 0182104830

      Padam
  33. Sy mencari pembeli kayu getah. Pokok dh 32 thn tanah 2 ekar area nyalas, jasin melaka. Pembeli blh pm sy 0196921232

    BalasPadam
  34. Saya ada pokok getah 3.4 ekar untuk ditebang n dibersihkan... Pembeli blh pm saya 0194002351

    BalasPadam
  35. boleh pm saya. Saya ada 3 ekar pokok getah tua untuk ditebang dan dijual. 012-6815870. Lokasi Slim river perak.

    BalasPadam
  36. Saya nak tanya kalau pihak pembeli urus semua urusan tebang,dia bayar kita kira lori berapa harga selori getah..lori 3 tan,getah dlm 1 ekar

    BalasPadam
  37. Berapa sebtang pokok getah tua tk

    BalasPadam
  38. Saya ada pokok getah tua 30 tahun, 6 ekar, area Laloh , Kuala Krai contact saya Mat Ju 017 9108829

    BalasPadam
  39. Assalamualaikum, saya ada pokok getah area bahau, n.9... nak jual . 0127700943

    BalasPadam
  40. Saya ada Pokok getah tua area Selama Perak hendak jual..info call 0199871562

    BalasPadam