Isnin, 6 Julai 2020

Pokok Buluh Lemang

Salam bertani

Ada serumpun pokok buluh lemang di kebun WP yang wak tanam kira-kira dua tahun yang lalu. Batang buluhnya masih agak kecil dan kurang sesuai untuk dijadikan buluh lemang. Mungkin memerlukan masa setahun lagi untuk mendapatkan saiz buluh lemang yang sesuai.

Anak benih pokok buluh lemang boleh disemai melalui tunggul pokok buluh lemang yang perlu digali bersama akarnya. Anak benih pokok buluh lemang juga boleh disemai melalui dahan berakar yang tumbuh di ruas batang buluh. Perlu disemai di dalam polibeg terlebih dahulu dan diletakkan ditempat teduh serta perlu penyiraman sehinggalah kelihatan tunas baharu muncul.


Rumpunan pokok buluh lemang yang sedang membesar


Batang buluh lemang yang dipotong.
Saiznya masih agak kecil.


Dua batang rebung buluh lemang yang mempunyai
saiz yang lebih besar.
Rebung buluh lemang tidak sesuai dijadikan sayuran.


Batang buluh lemang tumbuh rapat/padat
dalam satu rumpun.


Anak benih pokok buluh lemang yang disemai
di dalam polibeg.

Salam bertani.

37 ulasan:

  1. Buluh hiasan cantik juga..boleh halau ular dari rumah

    BalasPadam
  2. tak lama lagi boleh dituai hasilnya..

    BalasPadam
  3. InsyaAllah tahun depan banyak lemang Wak dapat bakar.

    BalasPadam
  4. Ooh rebung dia tak sedap dimakan ya..baru cheq tau 🤔

    BalasPadam
  5. Tahun depan boleh la guna buluh tu ye wak :)

    BalasPadam
  6. wah boleh jual buluh lemang pula tahun depan banyak permintaannya tu

    BalasPadam
  7. rebungnya rasa pahit ke kecil sangat wak? dana teringat dulu kat depan rumah di kampung ada buluh yang besar tu, entah apa namanya... rebungnya besar tapi jarang sangat kami makan... cuma apa yang dana paling ingat masa kecik dulu, kalau ada orang meninggal mesti ambil buluh tu untuk guna sebagai tempat mandi mayat atau untuk buat macam keranda untuk usung jenazah...

    BalasPadam
  8. Kami dulu tak tahu, ingatakn buluh sama je antara semua. rupanya tak semua buluh boleh buat lemang. Yang pasti buluh laku betul time2 camping kat sekolah. akan ada je student/cikgu datang menebang buluh.

    BalasPadam
  9. Kalau tengok sekali imbas macam tebu cuma warnanya beza sikit.

    BalasPadam
  10. Tahun depan mudah la da boleh guna buluh lemang sendiri kan

    BalasPadam
  11. Banyak lemang boleh bakar tahun depan.. :)

    BalasPadam
  12. kalau buat bisnes lemang senang ni :)

    BalasPadam
  13. Pokok buluh selalu tempat orang ambil gambar. Teringat zaman belajar dulu jumpa je pokok buluh mesti snap berbackgroundkan pokok buluh

    BalasPadam
  14. kalau ada tanah lapang buat ladang buluh pun bagus ni wak...

    BalasPadam
  15. wah best lah next year raya bakar sendiri lemang, puas hati. huhu

    BalasPadam
  16. tak sabar pulak tunggu raya haji, nak makan lemang

    BalasPadam
  17. setahu saya buluh yang bagus untuk dibuat lemang adalah tidak sama dengan buluh lain. Buluh lemang kulitnya nipis dan bila dibakar untuk lemang, bau harum buluh bersama daun pisang menambah enak rasa lemang. Nak belah setelah dimasak juga lebih senang.

    BalasPadam
  18. Saya ingatkan semua rebung buluh boleh dimakan

    BalasPadam
  19. Miang buluh tu yang tak tahan huhu

    BalasPadam
  20. Seronok kalau ada tanah luas untuk bercucuk tanam kan. Buluh lemang sekarang pun ada harga kat pasaran, tambah raya baru nie sampai tak cukup buluh lemang dengarnya..

    BalasPadam
  21. Tetiba rasa lapar lemang dan ketupat

    BalasPadam
  22. wah raya tahun depan dah boleh sangat diguna ni.

    BalasPadam
  23. senang tanam buluh ni. dah tanam macam macam boleh dibuat dengan pokok buluh ni.

    BalasPadam
  24. Sayang, di kebun saya ada buluh ni, tetapi kurang dapat dimanfaatkan, rugi

    BalasPadam
  25. buluh pun ada jenisnya kan wak.. yang boleh dibuat lemang yang tak boleh..

    BalasPadam
  26. Ada jual benih buloh lemang? Nak beli dalam 50rumpun. Kalau Ada boleh bagi tau harga PM 0123020004. Tksh

    BalasPadam
  27. Apa nama jnis buluh lemang yang baik wk

    BalasPadam
  28. Wasap saya 0182171718 saya nak beli anak buloh.tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf tak jual anak buluh.
      Cuba cari dekat nerseri2 pertanian.

      Padam
  29. berapa lama tempoh bukuh lemang boleh dipotong utk dijual

    BalasPadam