Hari ini wak menggali beberapa batang pokok buluh madu untuk dijadikan bahan penanaman. Pokok buluh madu ini sudah wak potong beberapa minggu yang lalu kerana terlalu rimbun menutupi kawasan reban ayam. Tunggul buluh madu yang sudah bertunas dan berakar ini wak tanam di dusun memandangkan masih ada kawasan yang lapang di sana.
Jangka masa setahun diperlukan untuk pokok buluh madu menghasilkan rebung yang sesuai dituai. Hasil utama tanaman buluh madu ialah rebungnya. Rebung buluh madu paling sedap dijadikan masakan kerana rasanya yang manis, lebih rangup dan tidak berbau.
Anak pokok buluh madu yang baru ditanam
Bahan penanaman buluh madu yang digali
daripada rumpunan dewasa.
Bahan penanaman buluh madu yang sesuai ditanam.
Tunggul buluh dewasa yang berakar dan sudah bertunas
selepas beberapa minggu dipotong.
Ditanam di tapak pokok pinang merah yang baru ditebang
Sepohon lagi
Tanam tepi pagar dusun.
Dua batang disemai dalam polibeg
Pokok induk buluh madu di hadapan reban ayam sebelum dipotong
Rebung buluh madu yang sesuai dijadikan sayuran.
sedapnya wak rebung buluh madu ni, owh macam ni cara tanam pokok buluh rupanya.
BalasPadamMemang untung ada tanah sendiri. Anytime boleh bercucuk tanam. Terbaik Mr Wak. :)
BalasPadamTerbaik ah wak, selalu bagi ilmu baru pasal pertanian ni..
BalasPadamTeringin nak rase masakan rebung buluh ni..
Wow ada rebung
BalasPadamBULUH NI MESTI DIPANGKAS N DIBERSIHKAN KWSNNYA SELALU KAN WP BIMBANG ADA ULAR BERBISA MENYOROK KAT SITU
BalasPadamsedapnya rebung masak lemak dengan udang, reti makan tak reti masak
BalasPadamMesti elok naik pokok buluh tu nanti, ditanam oleh otai berpengalaman :)
BalasPadamSelalu juga ikuti perkembangan seorang rakan FB yang tanam buluh madu begini. Katanya untuk suka-suka, tapi sekarang sudah menjadi bussines rebung madunya tu! Banyak kawan2 beli secara online dengannya.
BalasPadamtiba2 rasa macam mau makan sayur rebung hahhaa
BalasPadamxtahu pula ada buluh madu....nampak sedap je rebung tu...dah lama juga xmerebung....
BalasPadamSedapnya rebung..lama jugak tak makan rebung..
BalasPadamfuh rebung ni memang buat duit ni
BalasPadamRajinnya wak berkebun.. meh sikit kerajinan tu.. hehehe
BalasPadamZumal suka makan rebung madu ni
BalasPadammoga membuahkan hasil wak :)
BalasPadamingtkan pokok buluh perindu..hehe
BalasPadamRumah lama dulu banyak pokok buluh ni belakang rumah. Hasil rebung dia xyah cakap lah. Tapi kawasan buluh tu seram. Huhuhu
BalasPadamnampak senang nak tanam tu. janji ada akarnya ye wak.
BalasPadamNampak menjadi guna keratan btg.. mesti sedap rebungnya
BalasPadam