Ahad, 12 Julai 2020

Makanan Ternakan Ayam Kampung

Salam bertani

Ternakan ayam kampung yang wak usahakan di belakang rumah masih berjalan secara kecil-kecilan. Bekalan ayam kampung dan telur ayam kampung masih berterusan untuk sara diri dan sedikit jualan. Buat masa ini ternakan itik telur dan burung puyuh telah ditangguhkan kerana wak tidak lagi berniaga di pasar tani dan paskam.

Hari ini wak membeli bekalan makanan ayam kampung untuk keperluan dua hingga tiga minggu iaitu jagung hancur B dan dedak ayam. Dedak ayam ada dua jenis. Yang kasar untuk ayam dewasa dan yang halus untuk anak ayam. Ayam dewasa akan diberi makanan dedak kasar bercampur jagung hancur sehari sekali pada waktu pagi. Pada waktu petang, ayam kampung akan dilepaskan untuk memakan rumput. Anak ayam yang dikurung diberi makanan dedak halus dua kali sehari pagi dan petang.


Dedak ayam dewasa (kasar)
RM80 sebeg


Dedak anak ayam (halus)
RM80.00 sebeg



Jagung hancur B
RM50.00 sebeg


Ayam dewasa diberi makan jagung hancur
bercampur dedak kasar pada waktu pagi


Anak-anak ayam diberi makan dedak halus
dua kali sehari pagi dan petang.


Ayam dewasa diberi makan di perkarangan reban


Anak ayam yang baru menetas (DOC) diberikan
dedak halus bersama beras hancur.


Anak ayam makan dedak halus


Diberikan makanan tambahan rumput israel.

Salam bertani.

35 ulasan:

  1. Banyaknya ayam wak! Seram nama rumput israel tu haha

    BalasPadam
  2. Banyak ayam belaan wak. lama tak makan burung puyuh.harga pun dah mahal sekarang ni kan. takpe wak, moga ada rezeki wak tambah ternakan itik telur dan burung puyuh. aaminn

    BalasPadam
  3. rumput israel saya biasa tolong cabutkan masa kecik2 dulu. penuh kebun kalau tak dibuang.

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah, seronoknya dapat menternak ayam dan berbakti pada tanah...

    BalasPadam
  5. rumput isreel ni lama tak nampak... dulu arwah nyai saya suka masak bening rumput israel ni mana yang gemok-gemok

    BalasPadam
  6. bela ayam makanannya mestilah di sediakan barulah menjadi jadi hasilnya

    BalasPadam
  7. suka datang sini mcm mcm ilmu dapat belajar..arini dapat tau jenis jenis mknan ayam pula

    BalasPadam
  8. Asalam WP..maaf selalu late ke laman ini. Ayam semua sihat nampak..alhamdulillah

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah sihat-sihat semuanya.

    BalasPadam
  10. meriah ayam wak..banyak.
    daun ketum ayam bila kasi makannya wak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pokok ketum ayam baru ubah ke kebun
      belum boleh tuai lagi

      Padam
  11. Kena beli lori pulak lepas ni... banyak guni boleh masok!

    BalasPadam
  12. Ayam Kampung kalau tua pun ada nak beli boleh buat rendang macam ayam pencen. Sejak COVID-19 ni susah nak berniaga di pasar. Di Sabah ni pun banyak pasar tani masih belum beroperasi.

    BalasPadam
  13. Wak. sy dulu tak amik peduli pasal ayam. nak ayam g pasar je. kawen dgn suami, eh bapak dia bela ayam. nak makan ayam, bapak dia g sembelih ayam. merasa la kami tengok orang proses ayam hingga jadi lauk.hehehe.. merasa la kami kepung ayam nak tangkap. hehehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Proses ayam cara manual tu masih wak buat lagi sekarang.

      Padam
  14. Wah boleh tahan banyak ayam wak bela. Harga makanan pun boleh tahan juga ye wak :p tapi bela sendiri lebih terjamin kualitinya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab tu harga ayam kampung mahal.
      Harga makanan ayam tu harga runcit.
      Kalau yang beli borong banyak2 tu mungkin murah lagi.

      Padam
  15. Kadang-kadang teringin jugak nak bela ayam kat rumah, tapi tak sesuai sebab duduk dalam taman perumahan.. Kalau rumah kampung tue memang dah bela dah..^_^

    BalasPadam
  16. wahh ayam pon ade juga ternak ye..ok la tu walaupon kecil kecilan =)

    BalasPadam
  17. uish.. nama rumput tu rumput israel ye..

    BalasPadam
  18. Bestnyaaa Wak, nanti nak makan sembelih aje...kalau dapat beli gan Wak lagi best tu...

    BalasPadam
  19. teringat dulu kecik2 mak selalu suruh bagi makan dedak kat ayam...

    BalasPadam
  20. alaaa comeynya anak2 ayam tu..
    time kecik2 baru menetas tu brani jugak nak pgg..

    BalasPadam
  21. Area mana ni tuan kalau saya nak beli dedak ayam?

    BalasPadam
  22. Bijirin makanan kucing bg kt ayam bole ke wak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang lebih2 tu kasi kat ayam kampung, habis juga dia makan

      Padam