Khamis, 23 Julai 2020

Menanam Pokok Ketum Ayam

Salam bertani

Benih keratan batang pokok ketum ayam yang wak semai di dalam polibeg sudah pun membesar dan telah diubah ke tapak penanaman kira-kira tiga bulan yang lalu. Pokok ketum ayam yang wak tanam di tepi pagar dusun ini kelihatan subur dan cepat membesar. Wak belum cuba menuai daun pokok ketum ayam ini kerana ingin membiakkannya terlebih dahulu supaya lebih banyak pokok dapat ditanam.

Daun ketum ayam adalah makanan akternatif bagi ternakan ayam selain daripada dedak ayam dan jagung. Oleh kerana  makanan ayam semakin meningkat harganya, penggunaan daun ketum ayam dapat mengurangkan kos makanan ayam. Daun ketum ayam dikatakan mempunyai kadar protien yang tinggi (melebihi 20%) dan kadar lemak yang rendah sesuai dijadikan makanan organik segar kepada ternakan ayam atau pun ternakan ruminan.


Pokok ketum ayam di tapak penanaman berumur 3 bulan


29.11.2019
Membeli seikat keratan batang pokok ketum ayam
daripada pengusahanya, Pak Tam.


29. 12. 2019
Keadaan keratan batang pokok ketum ayam
yang telah disemai di dalam polibeg.


27.04 .2020
Anak pokok ketum ayam diubah ke tapak penanaman


27.06.2020
Setelah 2 bulan ditanam


22.07.2020
Keadaan terkini pokok ketum ayam


Ditanam sebaris di tepi pagar dusun


Salah satu daripada 11 pokok ketum ayam


Semuanya kelihatan subur menghijau


Pokok ini mudah dibiakkan dengan keratan batang.
Mengeluarkan akar pada ruas batangnya.
Boleh dipotong untuk dijadikan tanaman baharu.
Salam bertani.

31 ulasan:

  1. bagusnya wak..pandai berjimat..pokok ketum..tetiba teringat pokok yg buat minuman ketum tu ^_^

    BalasPadam
  2. Bagus nye.. boleh berjimat lepas ni

    BalasPadam
  3. ayam pun ada makanannya selain dari yg kita tahu ya

    BalasPadam
  4. menarik jugak ye wak, mudah di tanam pun iya jugak... cuma namanya kenepalah ketum ayam hehhehehe

    BalasPadam
  5. Baik tanam sendiri la wak kn.. Jimat pun jimat.. Lagipun ada tanah boleh tanam, lagi mudah nak petik bg makan ayam

    BalasPadam
  6. tengok benih dia memang macam kaki ayam
    sesuai dengan namanya

    BalasPadam
  7. Sekali pandang macam daun pecah beling pulak! Rupanya pokok ketum ayam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha aa tetapi daun ketum ayam ni lebih lebar dan berbulu

      Padam
  8. Ni kalau ayam makan dia boleh pi ke bulan jugak ke apa??Hahahah

    BalasPadam
  9. Hahaha jadi kalau ayam makan, dia akan sampai ke bulan ke?

    BalasPadam
  10. Alternative yang baik Wak. Dapat jimat kos disamping menambah koleksi pokok.

    BalasPadam
  11. Ooh..patutlah masih belum diberi makan kepada ayam, nak biakkan dulu.

    BalasPadam
  12. apa beza dgn pokok ketum? mujurlah ada alternatif kpd dedak ayam tu yg makin hari makin mahal harganya....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takde kena mengena dengan pokok ketum yang memabukkan tu.
      Wak pun tak tau kenapa dipanggil pokok ketum ayam.

      Padam
  13. aym tu ok x lepas mkn daun ni hehe..
    #gurauje

    BalasPadam
  14. Dedak dan daun ketum ayam..mix kan ya Wak.Betul,makanan ayam naik harga.

    BalasPadam
  15. pertama kali tahu ada pokok ketum utk makanan ayam...boleh jg utk manusia kan..daun ketum elok utk kencing manis..

    BalasPadam
  16. Oo mama pun baru tau kegunaan pokok ni

    BalasPadam
  17. Ooooh. Katum ayam. Ingat ketum tadi.. baru nak rasa semangat tadi... hahaha

    BalasPadam
  18. pertama kali dengar pokok ketum ayam. makanan alternatif untuk penternakan ayam.

    BalasPadam
  19. xtahu pula ada makan alternatif ayam....biasa di kampung dulu dulu gandum atau dedak atau lebihan nasi malam hari....

    BalasPadam
  20. bagus ni..jimat la takyah beli makanan ayam mahal2..

    BalasPadam
  21. boleh juga kurangkan kos untuk makanan ayam. nak tanam pun mudah dan senang biakkan.

    BalasPadam
  22. Mudah ditanam rupanya.. mcm pernah nampak tp tak tahu pokok apa

    BalasPadam
  23. Nama saintifik pokok Ketum Ayam ini ialah Madre De Agua.

    Kandungan proteinnya tinggi 23.3% setanding dengan dedak palet makanan ternakan.

    BalasPadam
  24. Jarak pokok ke pokok berapa kaki ya wak? Baru berjinak nk tanam pokok ni

    BalasPadam