Salam bertani
Salam bertani.
Salam bertani
Salam bertani.
Salam bertani
Wak menternak beberapa ekor induk ayam gajah untuk tujuan pembiakbakaan ayam kampung. Induk ayam gajah mempunyai saiz badan dan saiz telur yang lebih besar berbanding dengan ayam kampung. Wak kacukkan dengan pejantan ayam bangkok yang juga mempunyai saiz yang lebih besar daripada ayam kampung asli.
Induk ayam gajah tidak mengeram. Jadi wak eramkan telur-telur ayam gajah menggunakan induk ayam kampung dan ada juga menggunakan inkubator penertasan telur. Anak-anak ayam yang dihasilkan menyerupai ayam kampung tetapi saiznya juga lebih besar dan jangka masa untuk menuainya lebih singkat.
Salam bertani
Pada minggu lepas, sepagian wak berkerja meracun rumpai di dusun wak di kawasan tanaman pokok pulasan. Kawasan ini sudah agak semak ditumbuhi rumput liar yang cepat menjalar dan membiak. Wak perlu bersihkan kawasan ini daripada rumpai kerana wak bercadang nak tabur baja kepada pokok pulasan tersebut sebelum musim berbunga pada awal tahun depan.
Sudah seminggu juga di kawasan wak ini tiada hujan, dan rumpai yang wak racun dah menguning mati dan kering. Sebahagian pokok pulasan dewasa sudah wak tebang dan digantikan dengan tanaman anak pokok durian klon. Hanya tinggal beberapa puluh pokok sahaja yang wak tinggalkan selepas dipangkas pada tahun lepas.
Salam bertani.