Khamis, 3 Mac 2016

Pokok Terung Telunjuk.

Salam bertani.

Terdapat banyak pokok terung telunjuk yang hidup subur di kebun "Warisan Petani". Buah terung telunjuk merupakan sayuran kampung yang boleh dibuat ulaman atau masakan. Buahnya bersaiz kecil seperti jari telunjuk, berwarna hijau berjalur putih semasa muda dan bertukar ke warna kekuningan apabila matang. Buah yang matang mengandungi biji benih yang boleh disemai menjadi anak benih.

    Buah terung telunjuk muda biasanya dicelur dahulu untuk dijadikan ulaman dimakan bersama sambal belacan. Ia juga sesuai dijadikan sayuran sama seperti jenis-jenis terung yang lain. Buah terung telunjuk juga dikatakan mengandungi khasiat kesihatan yang boleh meredakan beberapa jenis penyakit.

    Pokok terung telunjuk boleh dibiakkan melalui biji benih yang dihasilkan daripada buah matang. Ia perlu disemai dahulu di tapak semaian sebelum diubah ke kawasan penanaman. Penjagaannya agak mudah dan boleh menghasilkan buah sepanjang musim.


Anak pokok terung telunjuk yang telah ditanam
di tapak penanaman.


Pokok terung telunjuk yang telah mula mengeluarkan putik bunga.


Pokok terung telunjuk memerlukan sokongan
untuk mengelakkan dari tumbang.


Telah mula berbuah.


Buah sulung yang telah matang.


Bunga terung telunjuk sedang kembang.


Bunga dan putik buah.


Sebiji buah terung telunjuk yang sesuai untuk dituai.


Buah  muda berwarna hijau berjalur putih


Buah yang telah matang.


Buah matang yang sesuai dituai untuk mendapatkan 
biji benih.


Belahan buah terung telunjuk yang matang 
menunjukkan biji benihnya.


Biji benih terung telunjuk yang sesuai disemai
untuk mendapatkan anak benih.


Pokok terung telunjuk dewasa.


Buah terung telunjuk yang dijual di pasar tani.
Sebungkus seringgit.

   Buah terung telunjuk biasanya tidak tercemar dengan bahan kimia kerana kita tidak perlu menggunakan racun serangga untuk mengawalnya. Ia mempunyai rintangan semulajadi yang tinggi terhadap penyakit dan serangga perosak.

Salam bertani.

4 ulasan:

  1. as salaam Tuan: tolong beri penjual benih terung telunjuk ini. Terima kasih. Dari: Ab Karim Wahab, Bandar Baru Bangi. Whatsapp di talian 012- 309 2216.

    BalasPadam
  2. Wkmsalam.
    Maaf wak tak reti nak buat online

    BalasPadam
  3. As Salam. Saya ada tanam terung telunjuk ni dan juga terung hijau bulat (bentuk macam labu tapi kecil. Berminat bole hubungi saya Hisham 012-2988451

    BalasPadam