Sabtu, 12 Mac 2016

Sulur Keladi 1

Salam bertani.

Sulur keladi merupakan salah satu jenis sayuran kampung yang semakin dilupakan oleh generasi sekarang. Sulur keladi (di sini  biasa dikenali sebagai sayuran solor keladi) dihasilkan oleh pokok keladi. Terdapat dua jenis pokok keladi yang ditanam di kebun "Warisan Petani" yang menghasilkan sulur iaitu keladi putih dan keladi mawar. Bukan semua pokok keladi menghasilkan sulur dan bukan semua sulur keladi sesuai dijadikan sayuran.

   Pokok keladi membiak dengan dua cara sama ada melalui anak benih yang yang tumbuh dari umbisinya atau pun melalui stolon. Stolon inilah yang kita panggil sulur keladi yang akan menghasilkan anak benih di hujungnya. Jenis pokok keladi yang menghasilkan sulur termasuklah keladi cina, keladi mawar dan keladi putih.

   Ada sulur keladi yang tidak sesuai dijadikan sayuran kerana akan berasa gatal di tekak selepas memakannya. Biasanya  sulur keladi liar dan keladi yang hidup di kawasan berair tidak sesuai dijadikan sayuran kerana rasa gatal tersebut.



Sulur yang keluar daripada pokok keladi



Sepohon keladi yang menghasilkan banyak sulur.


Sulur keladi menjalar di atas tanah.
Saiznya sebesar jari kelengkeng orang dewasa.


Pokok keladi putih mengeluarkan banyak sulur.


Pokok keladi memerlukan tanah yang rendah dan lembap.


Pokok keladi putih yang ditanam di tepi pagar rumah.


Bahagian hujung sulur keladi yang tidak
dituai akan menghasilkan anak benih keladi.


Keladi mawar juga menghasilkan sulur.
Sulurnya berwarna kemerahan.


Sulur keladi yang dijual di pasar tani.
Seikat  RM2.00


Batang dan umbisi keladi juga boleh dijadikan sayuran.
Telah disiang.


   Sulur keladi enak dijadikan masakan seperti masak tumis pedas, asam rebus, masak asam, masak lemak dan lain-lain. Sebelum dimasak sulur keladi perlu disiang dengan membuang kulit di bahagian luarnya dan boleh dicelur dahulu untuk mengelakkan kegatalan. Semasa menyiangnya pastikan sulur keladi berada dalam keadaan kering dan jangan gunakan air supaya tangan tidak gatal.

 Marilah menanam pokok keladi. Selain medapat hasil umbisiya, batang serta sulurnya boleh dijadikan sayuran yang enak dan lazat. Pokok keladi sangat senang menbiak dan menghasilkan sulur pada setiap masa.

Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan