Salam bertani
Salam bertani
Salam bertani
Wak tengah uruskan penebangan pokok getah tua di kebun pusaka di belakang rumah wak. Tanaman pokok getah tersebut sudah mencecah lebih 40 tahun dan sudah lama tidak bertoreh. Sejak harga getah buku merundum di bawah RM2.00 sekg, wak sudah tidak menoreh lagi. Walau bagaimana pun kebun pusaka ini tetap wak jaga dan bersihkan supaya tidak menjadi sarang haiwan perosak.
Wak berhasrat untuk menggantikan pokok getah tua ini dengan tanaman pokok kelapa sawit kerana pengurusannya lebih mudah dan cepat mengeluarkan hasil. Kerja-kerja pembersihan kebun dijangka akan selesai sebelum raya dan kerja-kerja penyediaan tanah seperti membajak , membuat jalan dan parit akan dilaksanakan selepas raya.
Salam bertani.
Salam bertani.
Alhamdulillah sepanjang bulan April ini kerap kali hujan turun selepas kemarau panjang daripada bulan Januari hingga Mac. Rumput di padang ragut tepi sungai tempat wak menggembala lembu sudah mula menghijau. Lembu-lembu ternakan wak sudah mula berisi setelah lama berdiet sepanjang kemarau. Jom layan

Salam bertani
Kebanyakan pokok buah-buahan bermusim seperti durian, manggis, pulasan, rambutan, kuini, bacang dan cempedak sudah pun berputik. Tetapi ada juga pokok buah-buahan yang baru mula mengeluarkan bunganya. Musim buah-buahan ini juga biasanya agak lewat berbanding buah-buahan yang disebutakan di atas. Wak nak tunjukkan pokok buah-buahan yang baru berbunga di dusun WP.
Salam bertani
Hari ini wak sempat menjepret beberapa gambar bunga orkid yang sedang mekar di hujung halaman untuk dimuatkan dalan entri kali ini. Jom layan.
Salam bertani.
Salam bertani
Hari ini cuaca agak panas pada sebelah pagi. Jadi wak buat kerja-kerja yang ringan sahaja di dusun untuk mengelakkan rasa dahaga semasa berpuasa ini. Sambil tu, wak sempat menjepret gambar-gambar buah-buahan yang sedang meriah berputik. Sebahagian putik buah akan membesar dan sebahagiannya akag gugur terutama putik durian.
Salam bertani.