Ahad, 10 Januari 2021

Anak Ayam Kampung Sudah Menetas

 Salam bertani.

Wak ada mengeramkan telur ayam kampung menggunakan inkubator penetasan telur. Inkubator ini boleh mengeramkan 56 biji telur ayam dalam satu sesi pengeraman. Alhamdulillah. selepas 3 minggu telur-telur ayam telah mula menetas. Jumlah anak ayam yang dihasilkan lebih kurang 40 ekor.


Telur ayam yang dieramkan menggunakan inkubator.
Beberapa biji telur  ayam mula menetas.


Anak ayam mula menetas selepas 21 hari telur dieramkan.


Anak ayam yang baru menetas dimasukkan ke dalam
kotak didik (brooder box).
Dipanaskan oleh mentol 40W.


Selepas beberapa hari, anak ayam dipindahkan
ke dalam sangkar didik.
Masih dibekalkan mentol 40W.


Di dalam sangkar didik .
Lantai dilapik dengan surat khabar lama.


Anak-anak ayam telah berumur seminggu.
Lapik surat khabar sudah dibuang.


Akan dipindahkan ke dalam reban berlantai tinggi 
selepas 3 minggu.

Salam bertani.

Khamis, 7 Januari 2021

Kudapan

 Salam bertani.

Hari ini tak nampak matahari. Cuaca mendung diselangi dengan hujan renyai-renyai sepanjang hari. Petang ini selepas menggembala ternakan dalam kehujanan, wak mengadap kudapan untuk memanaskan badan.


Cemilan petang ini:
Teh hijau O panas
Keledek manis rebus.


Tadi lepas maghrib, ada yasinan dan ruwahan di surau
(setiap malam jumaat).
Bawa balik berkat
( nasi ambeng dan bubur merah jawa).


Salam bertani.



Rabu, 6 Januari 2021

Berbahagi J33

 Salam bertani.

Hari ini wak menuai sebiji buah nangka madu J33 yang matang di pokok. Kira sekarang ni, nangka luar musimlah sebab kebanyakan pokok nangka sedang berputik. Hanya ada sebiji dua aje buah nangka yang hampir matang. Alhamdulillah, sebiji buah nangka dikongsi bersama.


Isi nangka madu J33 yang telah dikupas


Sebiji buah nangka madu j33 yang baru dituai.
Buahnya besar melebihi 20 kg.


Siap bahagi 4 bahagian.


Yang ni simpan dalam esbok


Yang ni hantar rumah adik


Yang ni hantar rumah emak di sebelah.


Yang ni hantar rumah jiran.

Salam bertani.

Selasa, 5 Januari 2021

Padang Ragut Banjir

 Salam bertani

Menjelang hari pertama awal tahun, tempat wak dilimpahi rahmat  hujan turun mencurah-curah sehingga beberapa hari. Akibatnya banyak kawasan rendah di JDT ini yang dilanda banjir termasuklah kawasan padang ragut tempat wak menternak lembu. Alhamdulillah, air sungai hanya melimpahi tebing dan masih ada kawasan benteng sungai yang tinggi tempat ternakan meragut makanan.


Air sungai naik melimpahi tebing.
Sebahagian kawasan ragut digenangi air.


ternakan lembu meragut rumput di kawasan
benteng sungai yang lebih tinggi.


Dua ekor lembu di seberang sungai.


Air sungai melimpahi kawasan kebun sawit wak.


Jalan masuk ke padang ragut digenangi air.


Anak-anak lembu sedang meragut rumput


Keadaan sungai pada hari ini selepas dua hari
tiada hujan.
Air sudah surut lebih semeter.


Keadaan rumput di padang ragut selepas air surut.

Salam bertani.

Ahad, 3 Januari 2021

Jawapan Entri WW 202 : Pokok Ubi Badak

 Salam bertani

Wak ada tanya soalan dalam entri WW 202 : Pokok Apa Ek. Daripada komen-komen yang  wak baca, kebanyakannya tidak mengenali pokok ubi badak ini.

Orang putih panggil purple yam, orang jawa JDT tempat wak panggil ubi uwi manakala orang pantai timur panggil ubi besar. Pokok ubi badak adalah ubi tahunan yang ditanam menghasilkan buah ubinya di dalam tanah. Buah ubinya yang tergantung di atas pokok seperti kentang itu tidak dimakan sebaliknya akan dijadikan bahan penanaman.

Pokok ubi badak mempunyai batang lembut yang memerlukan junjungan untuk memanjat atau melilit pokok lain sebagai perumahnya. Dalam masa setahun pokoknya akan kering dan ubinya di dalam tanah bolehlah dituai. Buah kentang udara yang tergantung akan luruh dan akan tumbuh sebagai anak benih.

Buah ubi badak ada dua jenis iaitu yang berisi putih dan unggu. Buah yang berwarna unggu lebih sedap dan manis boleh direbus, digoreng, dijadikan kerepek, pengat, kuih, kek dan ais kerim. Buah yang berwarna putih banyak ditanam di pantai timur dan buahnya sangat besar sehingga mencapai 5/6 kg sepokok, sebab itu mereka panggil ubi besar. Buah ubi badak yang dituai boleh disimpan lama di tempat yang kering, biasanya digantung di bawah rumah.



Sepohon ubi badak yang wak tanam di belakang rumah.
Melilit pokok belimbing buluh sebagai perumahnya.


Pohon ubi badak ini menjalar di atas tanah kerana masih muda.
Daunnya seakan-akan daun sirih.


Buah udara ubi badak terhasil di atas pokok.
Buah ini biasanya tidak dimakan.
Buah ini akan gugur bila pokoknya matang
dan boleh dijadikan bahan penanaman.


Isi buah ubi badak yang terdapat diperdu pokok.
Buahnya membesar di dalam tanah seperti buah ubi keledek.
Wak lukakan sedikit buah ubi badak ini untuk 
menunjukkan warna unggunya.


Pokok ubi badak yang hampir matang.
Daunnya akan kering dan buahnya bolehlah dituai/gali.


Buah ubi badak yang telah dituai.
Perlu digali di dalam tanah.
Keseluruhan isinya berwarna unggu (purple yam)


Pengat buah ubi badak.
Cemilah masyarakat jawa pada musim hujan.



Salam bertani.

Sabtu, 2 Januari 2021

Rezeki Tahun Baharu

 Salam bertani.

Semalam wak membidani si Tompok yang beranak sulung semasa hujan lebat. Tompok melahirkan anak jantan yang besar dan sihat. Hari ini pun seharian hujan, harap-harap anak si Tompok akan bertahan dalam suasana kesejukan yang berpanjangan.


si Tompok selamat melahirkan anak sulung semalam.
Hujan berterusan dah dua hari.
Air sungai dah melimpahi tebing.


Budak jantan yang comel dan sihat ini
lahir pada 01.01.2021


Basah kuyup dan kesejukan.
Harap-harap dapat bertahan.


Ada tanda tompok putih di kepala seperti ibunya juga.


Gambar si Tompok pada bulan November tahun lepas.
Masa ni bunting 8 bulan.
Lembu bunting 9.2 bulan sebelum melahirkan anak.

Salam bertani.

Jumaat, 1 Januari 2021

Happy New Year 2021 From Kenottolie

 Salam bertani

Selamat Tahun Baru 2021 daripada kami:



Kent


Otto


Olie

Salam bertani.