Salam bertani
Baru-baru ni wak ada membeli bibit durian pelangi manokwari untuk ditanam di dusun. Durian pelangi adalah durian unggulan dari Indonesia yang sangat istimewa kerana isi buahnya yang berwarna-warni seperti pelangi dan rasanya yang sungguh hebat setanding dengan durian popular di negara kita.
Imej isi buah durian pelangi carian google
Isi buahnya berwarna-warni seperti pelangi.
Wak dapat sambar 3 pokok anak durian pelangi.
Harganya melebihi RM100 sepokok.
Sepohon bibit durian pelangi manokwari.
Anak benih cantuman baji.
Mempunyai daun yang besar, lebar dan tebal
Lubang penanaman telah disediakan sebulan yang lepas.
Telah digaulkan kapur dolomit dan baja akar CIRP
Polibeg dibuka bahagian bawah dahulu.
Akar yang bersimpul di dasar polibeg perlu dibuang.
Letakkan polibeg di dalam lubang dan
potong bahagian tepi polibeg.
Keadaan medium tanaman selepas polibeg dibuka.
Akar pokok telah kelihatan.
Timbunkan pokok dengan medium tanaman baru.
Pasangkan pancang dan siram air di sekeliling pokok.
Bibit durian pelangi manokwari siap ditanam.
Wak panjatkan doa agar pokok ini hidup subur, cepat
membesar dan cepat mengeluarkan hasil.
Harap-harap 5 tahun dari sekarang, dusun wak akan
menghasilkan buah durian pelangi seperti ini.
Salam bertani.