Isnin, 1 Ogos 2022

Panen Pulasan

 Dahulu, dusun WP ni dipenuhi dengan pokok pulasan. Wak banyak tanam pokok pulasan sebab pada masa tu buah pulasan sangat mahal harganya dan pokok pulasan cepat berbuah. Sehinggalah suatu masa buah pulasan jadi lambakan bila bermusim merundum sampai RM1 sekg. Akhirnya wak tebang kebanyakan pokok pulasan dan digantikan dengan anak pokok durian klon. Sekarang hanya berbaki lebih kurang 20 pokok pulasan  untuk buat ada-ada sahaja bila musim buah. Musim buah pulasan serentak dengan buah ramburan selepas musim durian dan manggis berakhir.


Hasil panenan buah pulasan


Buah pulasan yang sudah matang di pokok


Sepohon pulasan yang berbuah lebat


Buah pulasan matang berwarna merah hati


Bergayutan hingga ke tanah


Sedia untuk dituai


Sepenuaian pagi ini


Gambar dekat


12 bungkus tempahan pelanggan
Sebungkus 3.5 kg RM10 sahaja

Saalam bertani.


28 ulasan:

  1. Lama tak makan buah pulasan. Murahnya wak jual. 3.5kg RM10 je.

    BalasPadam
  2. wah dulu mesti banyak pokoknya ni yang tinggal pun dah 20 pokok apa lagi lah yang dulu2. Dulu2 susah nak dapat pulasan. Tahun ni pokok pulasan kat kampung tak menjadi sangat tu pun kena kerowak dek cik nyet. Dapat le sikit rasa kat anak cucu. huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mula tanam dulu tahun 80 an lebih kurang 50 pokok.
      Hasilnya wak berjualan di pasar tani dan pasar kampung
      Sekarang dah tak berjualan lagi.

      Padam
  3. teringat pulasan yang wak pos dekat saya tahun lepas, sampai busuk sayang betul lah wak... kalau la masa ni saya balik kampung mesti saya singgah rumah wak

    BalasPadam
  4. Sy suka buah pulasan ni tetapi yg longkah isinya. Rasanya unik sikit dari rambutan.

    BalasPadam
  5. Wah meriahnya pulasan kat kebun wak.. Murah plak tu.. Rezeki wak masih ada lg tu walau byk pokok dh ditebang ye

    BalasPadam
  6. Semuanya segar-segar, sedapnya!
    Di kg sy, ada sepokok je Wak :D

    BalasPadam
  7. boleh tengok sahaja,wak. zaman saya nak makan buah begini dah berlalu kecuali dah kupas.

    BalasPadam
  8. dapnya buah pulasan..manis. susah nak jumpa kan

    BalasPadam
  9. Tempoh hari balik kampung belum masak sangat. Tapi babah kata asal dah boleh makan petik je.. makan. Kalau tidak memang tak menjamah..

    BalasPadam
  10. wahh kat mana ni wak? teringin nak makan

    BalasPadam
  11. payah nk cari buah pulasan dodolan neng tepi longkang, kena ikut musim jugak., huhu

    BalasPadam
  12. Bestnya..selain untuk makana sendiri boleh dijual kan wak...lepas jugak tambah2 belanja beli baja...

    BalasPadam
  13. Pulasan kat kampung Mrs. A merajuk dah! takde buah pun

    BalasPadam
  14. Dulu masa harga tgh mahal brp harga sekilo wak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awal2 tanam dulu harganya memang mahal sebab buah pulasan tak banyak.
      Masa lambakan dulu pernah harganya jatuh sampai RM1 se kg

      Padam
  15. Kalau dekat nak beli lah wak.. saya suka pulasan ni.

    BalasPadam
  16. Teringin nak rasa pulasan tu jugak.

    BalasPadam
  17. Wak ada lagi ke sekarang? Wak jual dekat mana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buah pulasan dah nak habis musim
      Wak jual kat rumah aje dan ada juga hantar pada kawan2 yang dekat2.

      Padam
  18. Aduh wak.. Kalau dekat ini, memang saya beli.. Suka betul saya dengan buah ini.. sebab senang nak makan.. hehehe..

    BalasPadam
  19. kalau dekat wak suruh petik aje kat kebun tak payah beli

    BalasPadam
  20. Eloknya buah pulasan Wak, kalau dekat harus datang beli..

    BalasPadam
  21. Buah pulasan memang mahal harganya. Kadang mampu tengok je. Kalau dekat boleh juga membeli fresh from ladang wak.

    BalasPadam