Jumaat, 5 November 2021

Selamat Dipinang Orang

 Salam bertani

Hari ini empat ekor lembu wak selamat dipinang orang. Seekor jantan dan tiga ekor betina berpindah milik dan mendapat tuan baharu. Mudah-mudahan mereka serasi dengan tuan baharu dan tempat penginapan baru. Selamat jalan Tamdi, Milo, Sue dan Tompok. Inilah perjalanan hidup yang telah ditentukan.


Selamat jalan semuanya
Semoga penghijrahan ini memberi lebih
keselesaan dan keserasian di tempat baharu


Terima kasih Tamdi menjadi budak baik selama lima tahun bersama


Terima kasih Milo tak banyak karenah
selama dua tahun bersama


Terima kasih Sue
 Joe Bidin akan dijaga sebaik mungkin


Terima kasih Tompok menghadiahkan Jemin 
sebagai penyambung legasi


Salam bertani.

31 ulasan:

  1. Semoga legasi mereka nanti sama gagah!

    BalasPadam
  2. bahanallah..berkat. Syukur wak rezeki tidak terduga..

    BalasPadam
  3. Gemuk dan sihat lembu wak, tentu berpuas hati tuan baru masing2.

    BalasPadam
  4. Wah rasanya lebih 30ribu menuai hasil wak...

    BalasPadam
  5. Besar dan sihat lembu Wak ni. Kenapa tak tunggu Hari Raya korban baru jual? Harganya mungkin lebih tinggi...

    BalasPadam
  6. Sihat2 lembunya wak.. Tak rugi org yg meminang tu

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah rezki..sedih juga nak berpisah dgn mrk yg selama ini diisamping wp kan

    BalasPadam
  8. wak gemuk2 lembu nyaa. patut la org cepat aje masuk minang. Alhamdulillah. cukup makan nya

    BalasPadam
  9. duit hasil jualan lembu tu boleh buat pi Haji la nanti. penternakan adalah satu kerjaya.

    BalasPadam
  10. sihat2 semua esp tambi..sadoooo hehehe

    BalasPadam
  11. Subhanallah. Ber tahun2 kebersamaan kemudian berpisah pasti sedih. Selamat malam, Sahabatku warisan petani.

    BalasPadam
  12. mesti rasa sedih kan...

    tapi apa boleh buat

    BalasPadam
  13. Wah dasyat tu wak.. Banyak ternakan wak ya

    BalasPadam
  14. Pastinya sayu nak melepaskan Tamdi,Milo,Sue dan Tompok.
    Semoga penghijrahan ini membawa seribu kebaikan kepada mereka dan juga Wak..

    BalasPadam
  15. sudah ketentuannya begitu..alhamdulillah, rezeki melimpah ruah WP ya..:)

    BalasPadam
  16. Yeay..cucu-cucu dan anak- anak balikkk...atuk belanja makan...hahahaha...apapun alhamdulillah rezeki Wak berpanjangan...hasil titik peluh wak selama ni kan...

    BalasPadam
  17. Masyuk nie.. alhamdulillah rezeki.. lembu pun sihat2 semuanya.. Milo paling comel

    BalasPadam
  18. Alhamdulillah..puas hati yang meminang pun dapat lembu yang sihat dan besar. Lumayan hasilnya juga. Semoga bertambah tambah rezeki wak yang lain. Aaminn...

    BalasPadam
  19. Alhamdulillah bertambah rezeki wak.

    BalasPadam
  20. mesti sedih kan, dah lama wak jaga...

    BalasPadam
  21. Semoga tuan baru jaga sama baik mcm tuan lama

    BalasPadam