Ahad, 8 Ogos 2021

Buah Duku Terengganu

 Salam bertani

Ada beberapa pokok duku terengganu di dusun WP yang sedang lebat berbuah. Ada juga beberapa pokok duku johor, dokong dan rambai. Jenis buah-buahan ini adalah buah yang paling lewat matang dalam sesuatu musim buah-buahan tempatan. Sebahagian buah duku terengganu sudah hampir matang dan boleh dituai. Masalah buah duku terengganu yang hampir matang ini ialah ia mudah pecah apabila terkena hujan panas.


Buah duku terengganu baka klon
Buahnya lebih besar dan lebih cepat matang.


Seminggu dua lagi sesuailah dituai


Boleh pilih-pilih untuk dituai




Yang ni baru kuning mencelah
Ada yang pecah/meletup kerana kena hujan panas


Buah duku terengganu dari pokok semaian biji benih.


Bunga duku terengganu
Gambar diambil pada 30.04.2021


Tuaian pada pagi tadi.
Tuai sedikit sahaja buah duku terengganu
 kerana belum matang sepenuhnya.


Alhamdulillah
Rezeki kurniaan Allah untuk hambanya.

Salam bertani

29 ulasan:

  1. subhanaullah
    lebat berbuahh
    seronok tgk
    5 tahun lepas merasa tgk pokok2 dokong yg arwah pak tanam berbuah lebat pastu thn2 berikut kurangg dah
    pokok2 nya byk pokok tumpang tumbuh

    BalasPadam
  2. Sebenarnya apa beza duku dgn langsat ye wak?? Geram tgk lebat buahnya

    BalasPadam
  3. sedap semuanya wak, baru2 ni makan manggis..Allah maniss elok..jiran bagi :)

    BalasPadam
  4. Baru saya tahu ada buah duku terengganu. Selalunya makan buah duku di kampung di Johor. Seronoknya tengok buah-buahan duku Wak masak ranum. Terliur.

    BalasPadam
  5. Lebat berbuah . Kat kampung tak ada buah duku, kat rumah CCL ada pokok dah lama tanam tapi belum berbuah . Mujur ada kawan2 yang bagi dapat juga merasa buah duku

    BalasPadam
  6. Terrer Wak jaga pokok. Elok je berbuah lebat.

    BalasPadam
  7. Lebatnya berbuah. Lama tak tengok pokok duku.

    BalasPadam
  8. Ada juga makan langsat sedikit.
    Banyak betul buah pada pokok-pokok Wak.

    BalasPadam
  9. lebatnya duku manis leting tu masakmatang

    BalasPadam
  10. wahh banyak buah duku.
    suka tgk pokok yg byk buah mcm ni..

    BalasPadam
  11. Subhanallah...lebatnya sampai tak nampak pokok...rezeki utk wak..

    BalasPadam
  12. lebatnyaaa! Tak tahu pulak buah duku ada jenis dia.

    BalasPadam
  13. Tudiaaaa...lebatnya.Bunga dia tu ingatkan bunga rambai,panjang berjuntai.Alhamdullah,tumpang seronok tengok rezeki berbudi pada tanah.

    BalasPadam
  14. Mak aaiii.. berjurai-jurai buahnya

    BalasPadam
  15. SA suka duku...langsat x berapa...tu diaa..banyaknya buah dia...geram plak SA tengok bergugus-gugus tu ha....

    BalasPadam
  16. Wah banyak betul buah-buahan tempatan, lama tak makan.
    Susah dapat kat sini..

    BalasPadam
  17. lebat betul buahnya wak.... nasib tak kene curi ye wak, teringat kat rumah makcik saya di api-api , pontian selalu kene curi kalau dah musimnya... sedar-sedar esok pagi sebiji pun takde licin kat pokok

    BalasPadam
  18. lebat betul buah duku wak ni. Ada jenis jenis jugak ye. saya tahu buah duku satu je. lama tak makan buah duku dan dukong. Sedap lagi makan petik hasil tanaman sendiri.

    BalasPadam
  19. Apa beza rasa buah duku terengganu dgn buah duku johor? Kak lin tgk mcm serupa je..

    BalasPadam
  20. MashaAllah lebatnya buah walaupun masa bulan 4. Geram aihh tengok huhu

    Kalau kami panggil buah penawar urat :P sebenarnya maksud sebaliknya tu heheh. Orang-orang tua lah cakap kalau makan banyak sakit urat

    BalasPadam
  21. uiiii ni dapat ke saya habis botak pokok wak ni heheheheh

    BalasPadam
  22. Tu dia lebat betul buahnya. Melayut2 tu

    BalasPadam
  23. Ya Allah, meriahnya pokok duku tu berbuah! Geram tengok!

    BalasPadam
  24. Ohh, duku Terengganu eh, duku Johor acano...kihkihhh~

    BalasPadam