Khamis, 5 Ogos 2021

Ayam Kampung Kacuk Hitam

 Salam bertani

Pada awal bulan lepas wak ada membeli 20 ekor anak ayam kampung kacuk hitam. Harganya RM3.60 seekor. Wak suka bela ayam kampung kacuk sebab ianya cepat membesar jika dibandingkan dengan ayam kampung asli. Saiznya pun besar, lebih berdaging dan boleh mencapai berat 2 kg selepas 2 bulan diternak.


Anak ayam kampung kacuk hitam berumur sebulan lebih.
Baharu dipindahkan ke reban lantai pasir 
daripada sangkar didik.
Hidup 17 ekor daripada asalnya 20 ekor.
Makanan dan minuman disediakan di dalam reban.


Seekor anak ayam kampung kacuk hitam jantan.


Belajar menyesuaikan diri di tempat baharu.


Boleh dituai selepas 2 bulan diternak.


Ayam kampung kacuk hitam dewasa.
Diternak untuk mendapatkan telur ayam kampung.
Ayam kampung kacuk betina tidak mengeram.

Salam bertani.

39 ulasan:

  1. Semasa anaknya tu perlu diletakkan lampu untuk pemanasan tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wak bagi mentol 40w selama 2 minggu.
      Kalau tak payah mentol pun okay asal tempatnya bertutup untuk mengelakan kesejukan pada waktu malam

      Padam
  2. Lebih untung bela ayam kampung kacuk ni wak. Lebih besar dan cepat besar. Cuma tak mengeram je lah, kena guna kaedah yang wak buat tu kan letak bawah lampu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha aa sebab lebih cepat boleh tuai. Belanya pun senang sebab dia tak reti bergaduh macam ayak kampung asli.

      Padam
  3. Masyuk ni wak.. nmpk sihat2 je semuanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wak dah tak pernah beli ayam bandar.
      Stok ayam sentiasa ada di belakang rumah

      Padam
  4. Semua sihat sihat. Rindunya nak pegang ayam bela macam ni.

    BalasPadam
  5. Tengok ayam kampung, teringat gulai ayam kampung arwah tok masakkan . Sedap .

    BalasPadam
  6. Asalam teman blogger ku WP..subahanallah limpahan rezeki. Syukur kepadaNya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wkmsalam
      Lama menyepi cikgu.
      Mudah2an sentiasa sihat walafiat

      Padam
  7. mesti sedap pg2 blh mkn telur ayam kampung
    ingat dulu2 suka kutip telur ayam he hee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bekalan telur ayam kampung sentiasa ada
      Selebihnya wak jual juga.

      Padam
  8. dulu Pak Zain ada bela ayam daging 10-15 ekor, masa kami duk kuarters..seekor cecah 3-4kg..kami makan sendiri jer...rindu nak rasa zaman tu kembali

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau duduk kampung macam wak ni bolehlah bela ayam kampung.
      Lembu pun boleh bela.

      Padam
  9. jika ayam kampung yg x dicucuk hormon pasti sihat utk dimakan. x macam ayam daging tu. 40 hari dah boleh disembelih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayam daging di pasaran tu umurnya sebulan aje cikgu.

      Padam
  10. TERLALU CEPAT MASA MENUAI HASIL MMG TERBAIK TU

    BalasPadam
  11. Lumayan ni wak.... cantik bulu nya klimis

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang kecik2 tu belum lepaskan daripada reban Dana.
      Dah umur 2 bulan nanti baru lepaskan bebas bawah pokok sawit.

      Padam
  12. Isinya kaler hitam jugak ke wak...comel warna hitam keemasan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Taklah
      Isinya macam ayam kampung biasa juga.

      Padam
  13. Balasan
    1. Haa aa yang betina tak mengeram.
      Yang jantan pun tak mengeram juga uncle

      Padam
  14. Ayam kampung kalau masak rendang memang ngam wak hehe Sedapnyaa ayam kampung liat2 gitu dagingnya.

    BalasPadam
  15. Oh,ayam betinanya tidak mengeram rupanya.Selamatlah ayam tu...orang tak boleh nak claim dia "ibu ayam"

    BalasPadam
  16. BAru tahu ada ayam kampung kacuk. nampak sihat2 semua tu wak. Saya pulak memang dah tak boleh makan ayam daging. sekrang kena makan ayam kg atau ayam organik je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayam kampung dan ayam organik yang dijual di pasaran tu ayam kampung kacuk inilah.
      Ayam kampung asli biasanya orang jual hidup dah harganya dalam RM20 sekg.

      Padam
  17. saya balik kampung mak pun nak bela ayam2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau duduk kampung memanglah boleh bela ayam kalau berminat.

      Padam
  18. unik color dia wak..segak semua heheee

    BalasPadam
  19. Takutnya kita tengok ayam ramai ramai macam tu sebab ada pengalaman pahit dengan ayam >.<

    BalasPadam
  20. Cantik ayam-ayamnya, tidak mengeram, menetas begitu ya? teringin nak bela ayam di rumah, menganggu jiran ke tidak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tetaskan telurnya gunakan inkubator atau eramkan guna induk ayam kampung asli

      Padam
  21. Oo jenis ni utk kepuarkan telur je ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sesuai untuk daging sebenarnya.
      Boleh juga dipelihara untuk mendapatkan telurnya.

      Padam
  22. Ayam kampung kacuk di kacuk dengan baka apa wak?

    Sama ke dengan ayam organik? Ke ayam organik tu dikira ayam kacuk?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wak guna induk ayam kampung kacuk dan pejantan ayam bangkok (Ayam laga).
      Ayam kampung organik tu juga adalah ayam kampung kacuk atau ayam kampung asli yang dipelihara tanpa antibiotik dan hormon pembesaran.
      Kira yang wak bela ni boleh juga dikategorikan sebagai ayam kampung organik sebab wak pelihara secara tradisional dan ayam akan dilepaskan bebas pada waktu petang memakan rumput dsb.

      Padam