Jumaat, 27 Ogos 2021

Cempedak Merah

 Salam bertani

Hanya ada sepokok sahaja cempedak isi merah ini di dusun WP. Kebanyakan yang lainnya berisi kuning. Seingat wak, wak tanam pokok cempedak ini menggunakan biji benih kira-kira 7 tahun yang lalu. Ada 3 pokok yang sebaya tetapi yang dua lagi berisi kuning.

Alhamdulillah ia berbuah lebat pada musim kali ini. Buahnya besar, isinya pun besar dan padat. Puas hati kalau buat cempedak goreng atau dimakan begitu sahaja.


Isi cempedak merah


Lebih 5 kg beratnya


Enak dimakan begitu sahaja


Isinya tersusun cantik


Setelah ditarik empulurnya


Dah makan
Dah goreng
Baki 2 bekas masuk esbok


Pokok cempedak merah meriah berbuah.


Salam bertani.


35 ulasan:

  1. terbayang kemanisan cempedak ni..
    Jarang jumpa tapi sekali dah makan memang berbiji2 bole hadap :D

    BalasPadam
  2. Apa beza isi merah dengan isi kuning wak? Beza dari segi kemanisan dia ke? Isi merah lagi manis ke wak? Hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Isi merah ni kira rarelah
      rasanya mungkin lebih kurang aje

      Padam
  3. Masha Allah...
    Cantik warnanya..Pasti manis juga rasanya...
    Molek pulak tu tersusun ulasnya..

    BalasPadam
  4. Warna cantik. Lagi sedap.

    BalasPadam
  5. Suka makan cempedak goreng.. Kalau ulas besar, RM1 seulas harganya..

    BalasPadam
  6. sedappnya, sy suka mkn begitu saja
    he hee gorzng pun sodapp

    BalasPadam
  7. Nampak seperti cempedak merah ni lagi merah.. Baru tahu ada cempedak merah. Ke selama ni mata ni yang tak perasan.

    BalasPadam
  8. Asalam..tuan blog..banaykkan makan buah..vitamin ..jadi vaksin juga ..sukur rezekinya

    BalasPadam
  9. wah ..sedap buat cucur cempedak ni

    BalasPadam
  10. Cantiknya isi cempedak merah.. memang tengah musim sekarang nie kan Wak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Musim cempedak dah nak habis
      Sekarang musim duku pula

      Padam
  11. Goreng celup tepung best tu Wak. Minum dengan air kopi panas. 😋

    BalasPadam
  12. Wak..terliur saya tgknya..isi merah..rasanya manis..hmmm..bila goreng aromanya menusuk kalbu

    BalasPadam
  13. Adududuu...terbayang rasa mnisnya cempedak ni...

    BalasPadam
  14. sedapnya cempedak ulasnya pun besar fevret kak tu kalau dkt mesti dh gi borong

    BalasPadam
  15. 7 tahun ek.. tak sabar nak makan buah cempedak sendiri. Pokok baru keluar daun sulung hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. 7 tahun ni dah banyak kali berbuah.
      Cempedak berbuah bermula 2 - 3 tahun penanaman

      Padam
  16. Alhamdulillah. Yang merah ni jarang jumpa, selalu yang kuning tu je.

    BalasPadam
  17. Alhamdulillah..menjadi hasil tanaman cempedak merah wak ni. Musim ni meriah sikit buahnya ye. Cantik warna dia tu, macam golden cempedak pulak nampak. Isi penuh satu biji tu. Berat banyak isi berbaloi sangat ni. Ini yang nak mencari cempedak pulak ni. Buat cempedak goreng memang sedap.

    BalasPadam
  18. Nampak ranum betul cempedak merah tu Wak.

    BalasPadam
  19. Sedapnyaaa....teruja SA nak rasa tapi tu la x boleh kan...makan seulas pun semput macam hape...ntah bila la boleh makan...ke memang x boleh makan sampai bila2

    BalasPadam
  20. Bestnya wak dapat makan cempedak merah tu. Ini baru tahun pertama tuai hasil ke?

    BalasPadam
  21. puas makan tu wak kalau dapat sebijik..

    BalasPadam
  22. wak ada benih cempedak nangka tak. Cempedak merah tu emm memang mengencurkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu wak ada tanam cempedak nangka tetapi wak dah tebang.
      Buahnya macam buah nangka tetapi isinya benyek macam cempedak. Tak payah tanamlah.

      Padam
  23. Sekarang dah taklarat makan goreng. Sampai ratah mentah2 saja. manisssssssss sedap cempedak isi merah ni

    BalasPadam
  24. sedapnya cempedak..tak pernah lg makan cempedak jenis ni..

    BalasPadam
  25. sedapnya wak..nampak manissss je :)

    BalasPadam
  26. Adudu confirm sedap Dan Manis no. Besar betul buahnya

    BalasPadam
  27. Saya sampai sekarang Wak, fobia nak beli cempedak, nak makan beli siap goreng, tu pun kadang dpt rasa uda peram.. frust betul saya..

    BalasPadam
  28. Nampak macam oren, yang penting sedap.

    BalasPadam
  29. Oh! ini namanya cempedak merah ya WP.
    Semalam beli memang sedap isinya manis bersari dah goreng pun subhanallah sedap

    BalasPadam