Sabtu, 31 Julai 2021

Sunset di Padang Ragut

 Salam bertani

Lewat petang tadi, wak ke padang ragut untuk memantau seekor lembu yang melahirkan anak sulung beberapa hari yang lalu. Kebetulan pada waktu itu matahari dah nak terbenam, jadi wak ambillah beberapa gambar untuk dimuatkan dalam entri pada kali ini. Jom layan


Pemandangan waktu  matahari hampir terbenam 
di padang ragut


Cahaya matahari semakin pudar
Suasana sunyi dan tenang



Sisi cermin pandang belakang


Selamat beradu matahariku


Pemandangan membelakangkan matahari


Alhamdulillah
si Mon melahirkan anak sulung betina 
beberapa hari yang lepas

Salam bertani



37 ulasan:

  1. Tenang je tengok matahari terbenam.

    BalasPadam
  2. anak lembu baru lahir terus boleh berjalan ye...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dalam 15 minit dah boleh berdiri dan berjalan

      Padam
  3. Subhanallah. Maha Suci Allah SWT. Cantiknya pemandangan.

    BalasPadam
  4. subhanallah
    cantikknya , keindahannya
    macm lukisan

    BalasPadam
  5. SubhanAllah.. Cantik dan tenang sungguh.. Rindu suasana macam ni..

    BalasPadam
  6. Subhanallah...nikmat apa lg yg mampu engkau dustakan..

    BalasPadam
  7. Mathari waktu terbenam memang cantik.

    BalasPadam
  8. MashaAllah indah permandangan waktu petang. Comel ibu dan anak..subhanAllah

    BalasPadam
  9. alhamdulillah..kira dapat cucu baru lah ya WP..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cucu tepi sungai yang ke - 6 tahun ni.
      Alhamdulillah

      Padam
  10. SUBHANALLAH INDAHNYA ALAM MENITI SENJA..ALHAMDULILLAH WP TIMANG REZKI ANAK MON YG COMEL

    BalasPadam
  11. MasyaAllah cantiknya permandangan sunset dengan kehijaun rumput tu. Sungai tu dalam ke wak? Lembu tu memang duduk seberang sungai ye. Alhamdulillah dapat lagi cucu baru wak. Comel namanya Mon secomel pemilik nama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sungai tu sedalam paras pinggang orang dewasalah.
      Air sungai tu dikawal oleh empangan di hulunya.
      Di hilir ada rumah pam yang membekalkan air di kawasan penempatan di sini. Wak setiap hari turun ke sungai tu untuk menyeberang sebab lembu wak ada di kiri kanan sungai tu.

      Padam
  12. Alhamdulillah...
    Tahniah Mon...
    Tahniah tuan tanah terima rezeki baru.Semoga dimudahkan urusan & dilimpahkan rezeki yang barokah.

    BalasPadam
  13. Selamat datang ke dunia anak sulung Mon. Pandai ikut meragut rumput.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak lembu yang baru lahir tidak meragut rumput.
      Bila umur sebulan baru belajar makan rumput.

      Padam
  14. Assalamualaikum, Subhanallah cantiknya pemandangan sibat hari.
    Alhamdulillah juga rezki WP yang Allah bagi, cucu betina lagi.

    BalasPadam
  15. Sunset di padang ragut pun sudah cukup indah...

    Tahniah, wak.. bertambah lagi rezekinya

    BalasPadam
  16. Masya Allah, indah nian pemandangan sunsetnya, wak.. Tahniah atas kelahiran anak Mon

    BalasPadam
  17. Bila balik kampung, ikut babah atau abah pergi kebun, sesekali dapat nikmati suasana macam ni, matahari terbenam, tapi sekarang dah susah kan dlam situasi sekarang apatah lagi. Alhamdulillah bertambah anak lembu wak.

    BalasPadam
  18. dulu masa memancing memang selalu menikmati sunset masa nak balik. tapi sekarang dah tak lagi.
    rindunya.

    BalasPadam
  19. Tengok gambar pun dah terbau rumput2 wak. Bestnya nyamannnn saja. Cantik sungguh langit senja

    BalasPadam
  20. Apa nama sbnr Mon tu Wak? Maimon? Ke Monalisa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nama penuhnya memang Mon sebab dia lahir hari isnin.
      Takkan nak panggil monday

      Padam
  21. Subhanallah, indahnya sunset..SA suka tengok....cik Mon dah beranak..wah wak dapat cucu lagi

    BalasPadam
  22. cantiknya! dan tahniah Mon!

    BalasPadam
  23. Tahniah WP dpt cucu lagi. Kesian lembu .... lepas beranak kena makan rumput jugak haha... buatkanlah rumput lada hitam WP bagi panas sikit hihi... nak bagi nama apa tu WP... Meklah hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak Mon ada tompok putih di kepalanya
      Wak namakan Mok Teh aje.
      Sepupunya yang lahir bulan Mac lepas pun ada tompok putih di kepalanya.
      Wakpanggil Pok Teh sebab jantan.

      Padam
  24. remang senja...

    wahhh wak dpt 'cucu' baru yaaa tahniah!

    BalasPadam
  25. Selamat si Mon melahirkan dengan sihat.
    Cantik sekaki mataharinya. Tak kalah cantik dengan matahari yg ada di tepian pantai

    BalasPadam
  26. Sunyi..dan tenang..tanpa COvid..nice~

    BalasPadam