Sabtu, 17 Julai 2021

Musim Mesta 'Lok Daun'

 Salam bertani

Sekarang tengah musim manggis dan rambutan di dusun WP. Walau pun di tempat lain baru kemuncak musim durian tetapi musim durian di dusun WP sudah berlalu. Selain pokok manggis kampung, beberapa pokok manggis mesta sudah mula matang buahnya. Memetik buah mesta agak mudah kerana pokoknya yang kecil dan rendang sahaja. Setakat ini wak tak jual buah mesta, hanya untuk kegunaan sendiri sahaja.


Pada pagi ini pn is3 wak ikut pergi dusun tuai buah mesta
Dapatlah dua bekas ni
Sebahagiannya nak buat jamu kawan-kawan dialah tu


Buah mesta muda


Dah ada yang mula matang


Isi buah mesta
Jarang2 ada biji


Pokok mesta lambat membesar.
Pokok sebesar ni dah berumur hampir 10 tahun
Nak tuai buah tak payah panjat, petik dengan tangan aje


Yang ni pun ada buah sebenarnya


Ni pun dah berbuah


Dah masak dah


Buah mesta terletak di bahagian dalam kanopi pokok.
Hampir atas tanah.


Ni pun dah berbuah


Macam ni buahnya beratus biji


Bentuk buah mesta agak berbeza sikit daripada buah manggis


Salam bertani.

28 ulasan:

  1. Manggis begini saya hendak tanam. Senang petik. Hehe.

    BalasPadam
  2. Rendah-rendah saja pokoknya.. Senang dipetik.

    BalasPadam
  3. Pokok kahwin ker dari biji nie?

    BalasPadam
  4. Saya tak boleh tengok manggis. Memang suka sangat makan. Tapi payah nak jumpa kat sini.

    Wak tak jual online ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wak tak pandai jual online
      Lagi pun buah manggis ni mudah rosak

      Padam
  5. rendah ja pokok mesta ya senang nk petik buah

    BalasPadam
  6. Dulu-dulu pernah tahu pasal buah mesta ni, tapi tetaplah panggil manggis, hehe.

    BalasPadam
  7. Setiap kali baca pasal buah mesta teringat perkataan "alam semesta"..
    Tapi sekarang kita banyak berasa di "alam maya"

    BalasPadam
  8. Manggis oh! Manggis... Rasa nak menangis!

    BalasPadam
  9. waaahh.syurga buah!!! saya suka manggis wak! tak tak dpt makan lagi. boleh pos tak wak? heheh gurau je. Bezanya mesta ni dia lonjong sikit berbanding manggis ye, wak? Saya baru tahu. sbb nampak sama.

    BalasPadam
  10. ingatkan buah manggis. rupanya buah mesta, first time dgr ni.

    BalasPadam
  11. mangis! sedapnyaaaa. tak jumpa lagi mangis. rindunya nak makan

    BalasPadam
  12. Cantik putih isinya. Saya tak minat sangat la buah manggis...

    BalasPadam
  13. Sedapppnya tengokk! Fresh dari dusun, tapi betul ke wak kalau nak tahu ada berapa isi manggis dalam tu, tengok dekat tangkainya?

    BalasPadam
  14. rindu nya nak main petik2 buah kat kg

    BalasPadam
  15. Ohh buah mesta ni dia lonjong sikit bentuknya. Senang betul nak petik pokok rendang rendang je. banyak pulak tu buahnya.

    BalasPadam
  16. sedapnyaaaa..da la fav..aduduuuu nak balik kg wuaaaa

    BalasPadam
  17. shida baru org bagi semalam buah manggis ni..kecil jer tp manis..

    BalasPadam
  18. Nampak macam sama, tapi saya baru tau beza dua buah nie bila baca ada orang kongsi hari tu.. Ingatkan sama macam Manggis..

    BalasPadam
  19. Xtau menahu psl buah mekta.. ingtkan manggis..

    BalasPadam
  20. Sekarang baru saya tahu beza antara mesta dan manggis. Lebih kurang, tapi tak serupa.

    BalasPadam
  21. Tepi jalan rumah saya sini ada orang jual Mesta ni, saya agak mesti orang keliru samaada maggis atau mesta ni heheheh..

    BalasPadam
  22. Bestnya pokok manggis wak rendah .. Nampak comel je . Berbuah lebat pulak tu

    BalasPadam
  23. Rwndah betul pokoknya...sennag capai je kan

    BalasPadam
  24. suka sy pokok rendah cm ni. sng nk petik. say no to galah😆😆

    BalasPadam