Khamis, 4 Ogos 2022

Bubu Yang Sekarang Part 2

 Salam bertani

Sudah lima bulan lebih wak bela Bubu semenjak wak kutip di pasar minggu akhir bulan Februari lepas. Bubu dah besar panjang dan wak cadang nak jawikan tak lama lagi. Bubu budak degil dan aktif suka kacau abang-abangnya (Kent dan Otto) terutama bab makan. Jom tenguk Bubu


Sukalah dia kalau wak dukung


Sebelah mata Bubu tak dapat diselamatkan


Perut sampai melendut sebab kuat makan


Santai luar rumah


Bubu yang dulu (umur sebulan)


Bubu yang dulu (umur 2 minggu)


Keadaan Bubu masa wak kutip di pasar minggu
Mata sebelah dah tak boleh buka


Bubu yang dulu (hari pertama kat rumah)

Salam bertani.





Isnin, 1 Ogos 2022

Panen Pulasan

 Dahulu, dusun WP ni dipenuhi dengan pokok pulasan. Wak banyak tanam pokok pulasan sebab pada masa tu buah pulasan sangat mahal harganya dan pokok pulasan cepat berbuah. Sehinggalah suatu masa buah pulasan jadi lambakan bila bermusim merundum sampai RM1 sekg. Akhirnya wak tebang kebanyakan pokok pulasan dan digantikan dengan anak pokok durian klon. Sekarang hanya berbaki lebih kurang 20 pokok pulasan  untuk buat ada-ada sahaja bila musim buah. Musim buah pulasan serentak dengan buah ramburan selepas musim durian dan manggis berakhir.


Hasil panenan buah pulasan


Buah pulasan yang sudah matang di pokok


Sepohon pulasan yang berbuah lebat


Sedia untuk dituai


Sepenuaian pagi ini


Gambar dekat


12 bungkus tempahan pelanggan
Sebungkus 3.5 kg RM10 sahaja

Saalam bertani.


Selasa, 26 Julai 2022

Panen Cempedak

 Salam bertani

Musim buah durian dan manggis sudah berakhir di dusun WP. Semingguan ni wak sibuk meluruhkan buah cempedak kerana sudah ada yang matang di pokok. Buah cempedak perlu dipanen sebelum matang untuk mengelakkan rosak semasa jatuh. Ia perlu diperam beberapa hari sehingga matang/masak. Isi cempedak boleh dimakan begitu sahaja atau digoreng. Jom layan


Isi cempedak oren


Buah cempedak di pokok


Buah cempedak oren


Buah cempedak sudah boleh dituai apabila
tangkainya bertukar warna kuning


Buah cempedak merah


Selepas dituai
Perlu dijemur setengah jam untuk menghilangkan getahnya


Dalam masa 1 - 3 hari buah cempedak akan masak


Sudah masak/matang
Berbau wangi dan lembut apabila dipicit


Tempahan pelanggan


Ada yang sampai 6 kg sebiji


Isi cempedak yang paling sedap
Cempedak merah

Salam bertani.


Ahad, 17 Julai 2022

MB 194 : Ikan Kitang Bakar

 Salam bertani


Dapat sebesen ikan kitang pada hari ini


Yang besar ni hampir sekilo beratnya


Menu tengah hari ini

Salam bertani