Salam bertani
Salam bertani.
Isnin, 16 Disember 2019
Ahad, 15 Disember 2019
Padang Ragut Banjir
Salam bertani
Hujan lebat yang turun sepanjang malam sehingga menjelang pagi menyebabkan kebanyakan kawasan rendah dinaiki air. Kawasan padang ragut tempat wak memelihara lembu juga sebahagiannya telah digenangi air sungai yang naik mendadak. Sepagian (dalam kehujanan) wak mengeret lembu2 ke tempat yang lebih tinggi dan selamat.
Walaupun hujan sudah mula reda, tetapi air sungai semakin meningkat kerana air dari hulu mula sampai. Beberapa buah kampung sudah dinaiki air dan penduduk-penduduknya terpaksa berpindah ke pusat pemindahan banjir.
Hujan lebat yang turun sepanjang malam sehingga menjelang pagi menyebabkan kebanyakan kawasan rendah dinaiki air. Kawasan padang ragut tempat wak memelihara lembu juga sebahagiannya telah digenangi air sungai yang naik mendadak. Sepagian (dalam kehujanan) wak mengeret lembu2 ke tempat yang lebih tinggi dan selamat.
Air sungai mula melimpahi kawasan ragut
Lembu-lembu ditambat di kawasan benteng sungai yang tinggi
Seekor lembu di seberang sungai.
Harap2 selamat.
Kawasan ragut diteggelami air
Air akan meningkat lagi sekiranya empangan tasik dibuka.
Selepas kemarau, banjir pula melanda.
Kebun sawit wak bersebelahan kawasan ragut juga sudah dinaiki air.
Jalan utama ke kawasan ragut sudah dinaiki air.
Keadaan sungai petang ini.
(dari atas jambatan kampung)
Jumaat, 13 Disember 2019
Aktiviti Musim Hujan
Salam bertani
Budak-budak kat rumah ni, kalau musim hujan takde kerja lain.
Cari port yang selesa buat tahi mata.
Salam bertani.
Budak-budak kat rumah ni, kalau musim hujan takde kerja lain.
Cari port yang selesa buat tahi mata.
Enon
Momoy
Aai
Netnet
Teteh
Olie
Salam bertani.
Rabu, 11 Disember 2019
WW 156 : Ikan Patin Masak Lemak Tempoyak
Salam bertani
Mohon maaf, tajuk tu macam tersalah tulis pulak.
Sebenarnya potongan ikan patin sungai ni wak goreng aje sebab wak tak makan tempoyak.
Salam bertani
Mohon maaf, tajuk tu macam tersalah tulis pulak.
Sebenarnya potongan ikan patin sungai ni wak goreng aje sebab wak tak makan tempoyak.
Salam bertani
Selasa, 10 Disember 2019
Menyelia Kawasan
Salam bertani
Hari ni wak tak kerja pun.
Pagi-pagi selepas bagi ayam-ayam makanan, wak pergi ke pekan beli makanan ayam dan baja organik.
Dalam pukul 11.00 pagi, wak pergi juga ke dusun tapi tak kerja cuma menyelia kawasan aje.
Ronda-ronda sekitar kebun sambil bawa hp cap ayam. Dapatlah jepret beberapa gambar untuk dimuatkan dalam entri hari ini.
Inilah gambar-gambar sebahagian daripda penghuni dusun yang wak usahakan.

Buah limau bali sunkist bergayutan di pokok.
Tak lama lagi bolehlah bungkus dengan surat khabar lama.
Pokok nanas sarawak dah ada yang berbuah.
Betik ni belum ada yang masak.
Pokok rambutan anak sekolah selepas dipangkas beberapa
bulan yang lepas.
Pokok pulasan dah merendang selepas dipangkas.
Sepohon pulasan lain selepas dipangkas.
Durian muda ini gugur kerana sekah dahannya.
Mungkin terlalu berat.
Buah kuini dah mula gugur.
Tuai beberapa buah limau kasturi pesanan pn is3.
Belimbing madu pun belum sempat nak bungkus.
Tak lama lagi musimlah buah nangka madu j33 ni.
Pokok bunga ni tumbuh sendiri di tepi jalan.
Pokok pisang tanduk baru berputik.
Buah pisang tanduk biasanya bilangan ganjil.
Pokok serai paha ayam yang baru ditanam.
Buah durian belanda muda.
Pokok pisang lemak manis yang baru ditanam.
Inilah gambar-gambar sebahagian daripda penghuni dusun yang wak usahakan.
Salam bertani.
Isnin, 9 Disember 2019
Sabtu, 7 Disember 2019
# 18 ... 19
Salam bertani
Dah 18 kali orang nakkan si sado wak ni, wak tetap tak jual.
Tapi kali ke 19, dengan terpaksa rela wak lepaskan jua.
Salam bertani.
Dah 18 kali orang nakkan si sado wak ni, wak tetap tak jual.
Tapi kali ke 19, dengan terpaksa rela wak lepaskan jua.
Salam bertani.
Langgan:
Catatan (Atom)