Salam bertani
Selain memelihara ayam kampung asli, wak ada juga memelihara ayam kampung kacuk, ayam gajah, ayam selasih, ayam arab, ayam white leghorn dan ayam lohman brown. Kali ini wak nak tunjukkan ayam lohman brown yang wak pelihara sejak tahun lepas lagi dan sudah bertelur bermula bulan ramadan yang lalu.
Ayam lohman brown adalah baka ayam penelur yang mudah dipelihara dan rajin bertelur. Wak hanya memelihara 14 ekor lohman brown betina dan boleh mendapat sehingga 10 biji telur sehari. Telur ayam lohman brown berwarna cokelat pekat sama seperti telur ayam yang dijual di pasaran. Kebanyakan telurnya bersaiz B.
Sebahagian daripada ayam lohman brown betina yang
wak pelihara dalam reban bersaiz 7m X 3.5m.
Wak sediakan 3 bekas tempat ayam bertelur.
Seekor yang putih tu adalah ayam pejantan white leghorn.
Selain makan dedak, ayam juga diberikan makanan
tambahan daun ketum ayam.
Ayam dilepaskan bebas pada waktu petang
selepas bertelur.
Ayam lohman brown betina dewasa yang sudah bertelur
Ayam betina lohman brown mula bertelur selepas 21 minggu
pemeliharaan.
Bertelur setiap hari sebiji sehari dan tidak mengeram.
Hasil 3 hari peneluran.
Tuaian hasil sampai dah tak termakan.
Telur berwarna perang bersaiz B.
Kutipan tiga hari hasil reban ayam di belakang rumah.
Yang berwarna putih adalah telur ayam kampung dan
ada juga telur burung puyuh.
Salam bertani.