Jumaat, 16 Jun 2023

Panen Buah Nangkadak

 Salam bertani

Beberapa tahun yang lepas, wak ada menanam dua bibit pohon nangkadak di dusun WP. Bibit pohon nangkadak yang  berasal dari Indonesia ini adalah hasil cantuman silang daripada bunga pokok nangka dan cempedak. Ia berbeza daripada pokok cempedak nangka yang ada di Malaysia.

Salah satu daripada pokok nangkadak tersebut sudah berbuah sulung baru-baru ini. Buahnya bersaiz seperti cempedak tetapi kuiltnya seperti nangka. Berbuah tidak ikut musim seperti nangka. Rasa buahnya lebih mirip kepada cempedak dan boleh digoreng. Jom tenguk.


Panenan sulung buah nangkadak


Pohon nangkadak yang sedang berbuah.
Buahnya terdapat di pangkal pokok


Kulit buah nangkadak seperti kulit nangka


Saiz buahnya panjang dan lonjong
Lebih besar daripada buah cempedak


Tuai 3 biji buah nangkadak.
Tangkainya bertukar warna kuning
apabila sudah matang dan sesuai dituai.


Sebiji buah nangkadak yang sudah matang selepas diperam.
Beratnya hampir 5 kg.
Baunya harum seperti bau nangka masak.


Isi buah nangkadak lebih mirip kepada isi buah cempedak.
Rasanya sangat manis dan tidak benyek
seperti isi cempedak.
Rasa yang sangat unik kombinasi rasa nangka dan cempedak.

Salam bertani.

23 ulasan:

  1. Pertama kali saya tengok ni, Wak. Buah nangkadak.

    BalasPadam
  2. Perpaduan nangka dan cempedak ya Wak...saya taunya cempedak aja Wak...sedap dan harum

    BalasPadam
  3. saya tak poenah makan nangkadak ni wak, tapi kalau goreng tentu sedap ni

    BalasPadam
  4. nangkadak lebat buahnya wak..kalau dekat2 mau minta beli ni wak..susah nak jumpa ni

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah ... rezeki WP ...

    BalasPadam
  6. Wah wak pergi keluang nt nk singgahlah beli benih...nangkadak ok..janji bkn nangkodok

    BalasPadam
  7. Ooo jadi nangkadak ye Wak.
    Ingatkan cempenang.

    BalasPadam
  8. Kalau Wak tak beritahu pasti sy ingat ini buah nangka... tak pernah tahu akan adanya buah nangkadak ni

    BalasPadam
  9. Oh, mula2 sy ingat cempedak nangka, rupanya buah lain ya, wak. Macammana nak cari buah ni di pasaran, kebanyakan semua cempedak.

    BalasPadam
  10. Buah nangka ni skrg pun dah kayangan jugak dah

    BalasPadam
  11. terliur plak SA nengoknya...faham dah Nangkadak tu apa..haha

    BalasPadam
  12. menarik..teringin pulak nak rasa...

    BalasPadam
  13. 1st time tgk buah ni....yg pasti sure sedap dan MZ memang suka laaaa buah nangka dan cempedak!

    BalasPadam
  14. Boleh diusahakan besar-besaran ni. Buah cempedak sekarang dah mahal-mahal sebabnya isi dalam sebijik boleh kira berapa ulas.

    BalasPadam

  15. Nampak helok isi nangkadak ni.
    Buah kahwin ni pasti harga kayangan.

    BalasPadam
  16. Unik betul.. Cantik warna buahnya..

    BalasPadam
  17. Banyak hasilnya wak. Senang pulak tu nak ambil rendah rendah je. Pasti sedap rasanya kan wak.

    BalasPadam
  18. Oh beza ye nangka cempedak dengan cempedak nangka

    BalasPadam