Isnin, 11 Mei 2020

Pokok Kekabu

Salam bertani

Sewaktu dalam perjalanan ke pekan Air Hitam tadi wak ternampak sepohon kekabu di tepi jalan yang sedang berbuah lebat. Buahnya yang telah matang mengeluarkan kekabu yang berwarna putih dan jelas kelihatan dari jauh. Wak pun berhenti di tepi jalan dan mengabadikan beberapa keping gambar pokok kekabu tersebut.

Pokok kekabu ni telah mengembalikan nostalgia wak semasa kecil-kecil dulu, mengumpul kekabu untuk dijadikan tilam, bantal dan selimut tebal.  Tilam dan bantal kekabu ni selalunya dijemur di tingkap setiap pagi selepas digunakan. Apabila hendak tidur, tilam dan bantal kekabu perlu di tepuk-tepuk dahulu untuk meratakannya.

Mungki masih ada orang yang menggunakan bantal, tilam dan selimut yang diperbuat daripada kekabu ni.



Buah kekabu yang telah matang akan pecah
dan memperlihatkan kekabu yang berwarna putih seperti kapas.


Kekabu putih bergantungan di atas pokok kekabu.
Di dalamnya terdapat biji kekabu yang berwarna hitam.


Pokok kekabu yang besar dan tinggi hidup
meliar di tepi jalan.


Buah kekabu muda (gambar google)
Orang dulu-dulu buat masak gulai buah kekabu muda ini.


Salam bertani.

24 ulasan:

  1. wahhh..subhanallah!pertama kali saya tengok pokok kekabu dengan buah yang matang macam tu..yelah, macam kapas je nengoknya:)

    BalasPadam
  2. Menarik view kekabu matang..gulai buah kekabu muda...tak pernah makan..

    BalasPadam
  3. Masa kecik2 dulu selalu ikut keluarga balik kampung naik keretapi...sepangjang jalan banyak kali nampak pokok kekabu..tinggi..berbuah ..putih2 . Sekarang dah tak pernah terjumpa lagi pokok kekabu..

    BalasPadam
  4. Kat kampung, rumah mak saya masih ada bantal kekabu, tilam dah tak ada. Di tepi jalan antara Pekan Sik ke Parit Panjang Baling Kedah masih banyak gerai-gerai tepi jalan jual bantal kekabu... Penduduk kat situ masih dok buat bantal kekabu untuk dijual.

    BalasPadam
  5. Saya masih lagi menggunakan bantal kekabu. Cantik sungguh buah kekabu itu. First time dapat tengok dekat macam mana. Terima kasih.

    BalasPadam
  6. bantal dan tilam kekabu ni best buat tido cuma berat yang amat kalau tilam kekabu nih...

    BalasPadam
  7. cantiknya isi kekabu tu. Pokok kekabu ni kalau zaman kecik-kecik dulu takut nak lintas malam² sebab banyak cerita hantu kononnya. Ye lah pokok die besar. bila ingat balik cam kelakar pulak. sampai sekarang masih lagi pakai bantal kekabu kalau kat kampung.

    BalasPadam
  8. Pernah rasa tidur berbantal dan bertilamkekabu. Bila kemas bilik kena tepuk-tepuk bantal bagi isinya lembut dan kemudian jemur di jendela. Saya pun baru tahu kekabu muda boleh dimakan, itu pun setelah melihat you tube masakan dari Thailand, kekabu muda dimakan bersama pencecah, seperti makan mangga muda juga.

    BalasPadam
  9. baru saya tahu begitu rupanya kekabu

    BalasPadam
  10. Cantiknya.. Tapi sayang dah tak dipedulikan..

    BalasPadam
  11. cantiknya yang dah matang tu..
    saya biasa nampak pokok kekabu ni masa ke pahang, tapi belum jumpa yang matang.

    BalasPadam
  12. SAYANG KEKABU TERBIAR GITU..DULU2 SUKA MKN KEKABU MUDA CICAH SAMBAL CUKA

    BalasPadam
  13. pernah nampak pokok ni depan gerai kakak ipar kat kodiang...bila angin kuat, berterbangan kekabu2nya tu..

    BalasPadam
  14. Kali pertama tengok pokok kekabu..

    BalasPadam
  15. Dulu ada pokok kelabu tepi rumah. Arwah atuk la rajin jolok atau panjat kutip buah. Lepas tu asingkan biji untuk jual pada orang. Habis satu rumah putih macam bersalji. Rindu betul.

    BalasPadam
  16. Selesa bila dapat baring guna bantal kekabu ni Wak..

    BalasPadam
  17. Dulu kat rumah mil ada pokok kekabu sebesar pemeluk jugaklah, tapi dah kena tebang sebab pokoknya semakin rapat dengan rumah...Sekarang ni pokok kekabu pun dah jadi spesis rare dah sush dah nak jumpa

    BalasPadam
  18. alamak gebunya kekabu tu. ambik sikit buat bantal. hehe

    BalasPadam
  19. Dulu2 ada gak pokok kekabu ni dekat dengan rumah CP di kampung tapi sekarang dah takde.

    BalasPadam
  20. Apa rasanya ya...buah kekabu muda

    BalasPadam
  21. Pernah juga tgk pokok kekabu ni masa kecik2 dulu kt kg, kt bandar mana ada pokok ni. Kawan di kampung mengimbau kenangan katanya buah kekabu muda tu rasanya manis kan wak, tapi saya tak pernahla makan.

    BalasPadam
  22. wahhhh dulu pernah nampak pokok ni dekat rumah lama saya. now dah tak da dah pokok ni.

    BalasPadam
  23. Oo buah kekabu Boleh dimakan rupanya

    BalasPadam
  24. Numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    BalasPadam