Khamis, 24 Oktober 2019

Tanam Nanas MD2

Salam bertani

Beberapa pokok nanas MD2 sudah mula mengeluarkan hasil selepas setahun ditanam. Nanas MD2 ditanam menggunakan sulur  dan boleh juga menggunakan jambul buahnya. Untuk mendapatkan hasil yang hampir serentak pokok nanas MD2 perlu diberikan hormon untuk berbunga.

Buah nanas MD2 sangat manis, tidak lidas dan tahan lama selepas dituai berbanding nanas-nanas lain. Itu sebabnya harga buah nanas ini agak tinggi kerana permintaan yang menggalakkan.


Pokok nanas MD2 yang sedang berbuah.


Pokok nanas ini mengeluarkan dua sulur yang boleh dijadikan
bahan penanaman.



Beberapa pokok nanas MD2 yang sudah mengeluarkan hasil.
Nanas MD2 yang ditanam di tanah pamah lebih manis dan
berkualiti berbanding tanah gambut.
Tanaman tidak berapa subur kerana mengalami 2 kali kemarau
pada tahun ini.


Buah nanas MD2 sudah matang dan sesuai dituai.


Hasil tuaian nanas MD2


Tuaian nanas MD2 disamping hasil-hasil lain daripada dusun WP.
Salam bertani.

21 ulasan:

  1. Sihat-sihat semuanya.. puas hati dapat hasil begini..

    BalasPadam
  2. Baru tahu nama nenas ni MD2

    BalasPadam
  3. kaya dengan vit c
    sedapnya nenas
    suka sgt

    BalasPadam
  4. wahh dah mengeluarkan hasil ye nanas..nampak subur & sihat..;)

    BalasPadam
  5. bila dah nampak hasil rasa teruja pulak

    BalasPadam
  6. Tanaman nenas susah nk kena penyakit mcm betik,kan..

    BalasPadam
  7. bestnya wak, abah pun dah mula menanam nenas md2 nih kt rumah. dek kerana rasa manisnya yang sedap

    buah nya pun cantik, kilat je dalamnya... terliur nengok nenas ni wak, teringat2 kesedapannya

    BalasPadam
  8. dulu sy suka mkn nanas tp sejak operate bt karang ni, dah x buleh mkn...huhuhu..

    BalasPadam
  9. Dulu PC tak suka nanas ni..kerana pertama kali makan lidah rasa sakit..rupanya itulah lidas..tapi mama nak juga PC makan buah nanas..jadi mama buatkan ais krim..lama-lama PC suka dan boleh terima semula..

    BalasPadam
  10. Seronoknya hasil sendiri.

    Suka mkn nenas MD2 sbb tak masam, tak lidas.

    BalasPadam
  11. seronok tengok hasil tanaman sendiri, nenas nya pun cantik dan menyelerakan

    BalasPadam
  12. Mana nak dapat hormon untuk berbunga tu...?

    BalasPadam
  13. Patutlah mahal. Jenuh juga tu nak tunggu nanas berbuah makan tahun juga ye

    BalasPadam
  14. Ohhh special ye nenas MD ni tak lidas...Tulah tu malasnya makan nenas ni, lidah tu jadi lidas.... sehari lidah tak best hihi

    BalasPadam
  15. kalau tak menyebabkan lidas, boleh dicuba nie..

    BalasPadam
  16. Suka nanas MD2 sebab tak lidas lidah...lama dah x makan nanas....

    BalasPadam
  17. Wah sedapnya buahan tempatan

    BalasPadam
  18. rajin WP bertani, nampak enak dan ranum buah-buahan yang dipetik

    BalasPadam
  19. nak tanye brapa kalikah pokok nanas nanas berbuah untk satu pohon

    BalasPadam
  20. Satu pohon nanas hanya berbuah sekali (sebiji sahaja)
    Selepas berbuah, anak2 nanas yang dihasilkan perlu ditanam semula dan tunggul induknya dibuang.

    BalasPadam