Jumaat, 4 Oktober 2019

Pokok Katak Puru Sudah Berbunga

Salam bertani.

Wak ada menanam dua pokok katak puru kira-kira tiga tahun yang lepas. Salah satu pokok tersebut sudah mula mengeluarkan bunganya. Bunga pokok katak puru terbit di batang utamanya. In syaa Allah, tak lama lagi menjadi buahlah harap-harapnya.

Khasiat pokok katak puru didapati daripada daun dan buahnya. Daun pokok katak puru boleh dijadikan teh herba yang mujarab meredakan penyakit darah tinggi dan kencing manis. Ia juga boleh meredakan cirit birit dan boleh dijadikan minuman diet untuk menguruskan badan.

Manakala buah katak puru pula dikatakan dapat meredakan sembelit dan melawaskan sistem pencernaan.Ia juga boleh menambahkan sistem imun pada badan. Buahnya rasa kelat semasa muda dan masam manis apabila matang.

Nama lain bagi pokok katak puru ialah pokok nan-nam.


Bunga pokok katak puru


Bunga pokok katak puru terbentuk di batang utama sehingga ke perdunya.


Inilah pokok katak puru yang mula berbunga di tepi halaman rumah.


Daun pokok katak puru yang berkhasiat dijadikan teh herba.


Anak pokok katak puru disemai di dalam polybeg menggunakan bijinya


Gambar buah katak puru.
Kulitnya mengerutu seperti kulit katak puru.

Salam bertani.


39 ulasan:

  1. seronok kutip buahnya kutip buahnya sbb ianya rendah
    tp budak2 skrg kebanyakannya tak mmn buah ni

    BalasPadam
  2. susah nak dapat pokok nam nam ni skg.Budak2 pun mesti tak kenal .Dulu kat kg ada pokok ni..saya try bawa anak pokok balik tak hidup pulak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wak semai pakai biji dia aje.
      yang sepokok lagi masih belum berbunga.

      Padam
  3. kali pertama saya tengok dan tau tentang pokok ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang ramai orang cari benih pokok ni
      buat penawar diabetis

      Padam
  4. cantiknya bunga dia.
    saya panggil nam nam, baru tau nama lainnya katak puru.. :D

    BalasPadam
  5. First time tengok dan tahu tentang pokok nam nam ni. Nice info 😊

    BalasPadam
  6. Sedapnya..masam manis tu yang nikmat.ada orang makan dengan garam..cicah garam..rangup..lama sangat dah tak makan..dulu rumah arwah atok ada banyak..lama-lama mati terus ditebang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Budak2 sekarang mungkin tak pernah jumpa buah nam nam ni

      Padam
  7. Tak pernah makan buah ni. teringin juga rasa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jarang2 ada dijual.
      kena cari orang yang ada tanam pokoknya.

      Padam
  8. Masam manis rasa dia dah buat air liur ngences ..

    BalasPadam
  9. Oh, saya tau buah ni, tapi tak tau namanya..buahnya masam2 kan wak. Kalo balik terengganu kadang2 ada je buah ni atas meja, tapi takde sape nak kisahkan dia, cian plak dua..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat tengganu banyak pokok ni.
      Ni benihnya pun wak semai, dapat buahnya dari tengganu

      Padam
  10. ana panggil buah nam jahanam ni WP hehe eh dak lah buah nam nam, kalau dapat yang masak ranum tu manis lah juga kalau tak masam ya rabbi kan. sedap makan cicah garam hehe :)

    BalasPadam
  11. pernah tanam dulu tapi ayam kais,lama-lama mati pokok tu =(

    BalasPadam
  12. hihi, ingatkan pokok apalah, pokok nam nam rupanya. ini dengan mengkudu, sama ke tak, wak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pokok mengkudu lain SK
      Buahnya pun lain.
      kalau buah mengkudu tak lalu nak makan

      Padam
  13. Tak berapa minat buah ni tapi baru2 ni ada semai. Saja syok nak tanam untuk kawan-kawan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wak pun tanam buat ada2 aje.
      Rupanya banyak khasiat herbanya

      Padam
  14. Pertama kali dengar ni Wak..nanti dah jadi betul-betul, nak tengok yaaa Wak rupanya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. In syaa Allah
      nanti kalau jadi bauhnya, wak buat entri.

      Padam
  15. first time baca pokok katak puru...sebelum ni pernah dengar peria katak aje...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buah katak puru dengan peria katak khasiatnya sama.
      Boleh menurunkan kadar gula dalam darah.

      Padam
  16. Buat ubat ye.. xpenah she l pokok ni. MCM mama rasabuhnya

    BalasPadam
  17. fingggi juga pokok nam nam ni selalu tenguk yg rendah je

    BalasPadam
  18. Kalau tak mau tinggi, boleh pangkas pucuknya.

    BalasPadam
  19. SA x pernah makan buah katak puru ni..tap pernah tengok la..x tau la rasanya mcam mana...nanti WP amik gambar bila dah jadi buah ye...

    BalasPadam
  20. pernah pegang dan tengok.. makan je tak pernah.. hehehe

    BalasPadam
  21. pokok nam nam sy dah 3 tahun, tp masih blm berbuah, nak buat mcmn?

    BalasPadam
  22. Kenapa buah nam nam saya tidak besar dan gugur walaupun bunga lebat

    BalasPadam