Jumaat, 20 September 2019

Musim Kemarau

Salam bertani.

Cabaran utama bagi seorang petani ialah musim kemarau. Tahun ini sudah dua kali kemarau iaitu pada awal tahun dan sekarang. Musim kemarau sekarang agak hebat kerana cuaca yang panas terik dan ditambah pula dengan kehadiran jerebu.

Sumber air di dusun WP sudah kering kontang. Wak terpaksa mengothong air daripada rumah untuk menyiram anak-anak pokok terutama anak-anak durian yang baru ditanam. Rumput di padang ragut juga sudah botak kerana tiada hujan. Harap-harap cepatlah monsun timur laut bertiup membawa air yang dinanti-nantikan.


Parit yang terdapat di sempadan dusun WP
Ada sumber air untuk menyiram tanaman


Keadaan parit yang sama sekarang.
Kering kontang


Parit di hujung dusun yang baru digali pada awal tahun


Juga kering kontang sekarang.


Parit yang terdapat di tengah-tengah dusun WP
Air yang jernih dan mengalir laju.


Juga kering kontang sekarang.


Hari ini masjid-masjid di seluruh JDT mendirikan solat hajat selepas solat jumaat memohon hujan dan mengurangkan jerebu. Mudah-mudahan Allah kabulkan.

Salam bertani.

32 ulasan:

  1. Assalamualaikum Wak, WP

    Semuga dugaan Allah ini dapat diterima dengan sabar dan semga hujan segera turun sementelah pula solah hajat telah diadakan. Aamiin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wkmsalam.
      Hujan dah turun walau pun belum lebat.
      Sujud syukurlah pulak

      Padam
  2. Aminnn..... Kami di S. Alam juga perlukan doa tu...

    BalasPadam
  3. Allahu.. Semoga keadaan kemarau & jerebu akan segera pulih nanti

    BalasPadam
  4. Ya Allah berikanlah kami hujan yang bermanfaat.

    BalasPadam
  5. Bertabahlah WP, semoga hujan turun di JDT dalam masa terdekat ni, Aamiin..🤲🏻😔

    BalasPadam
  6. Bersabarlah WP..semoga hujan rahmat membasahi bumi Malaysia dalam masa terdekat ni. Boleh la halau jerebu ni jauh2 😊

    BalasPadam
  7. Itulah ujian seorg petani ye wak. Ramai yg berdoa, moga ada antara mereka yg Allah dengar doanya.

    BalasPadam
  8. Aamiin. Betul tu Pakcik WP. Tempoh hari balik kg.. Parit depan rumah kering.. Yang Allah.. Moga Allah SWT rezekikan hujan untuk kita semua. Aamiin.

    BalasPadam
  9. Ujian dariNya..supaya hambaNya bersabar dan berusaha..

    BalasPadam
  10. MOGAALLAH SEGERA MENURUNKAN HJAN KEPERLUAN KEJADIAN-NYA AMIIN

    BalasPadam
  11. Allahu....petani-petani mesti terjejas teruk pada musim kemarau ni kan...moga Allah turunkan hujan untuk menyihatkan semula bumi yang sakit...

    pokok2 dalam pasu depan rumah saya pun kena siram tiga kali sekarang ni, kalau tak, habis kering sebab cuaca terlalu panas

    BalasPadam
  12. ALLAH...nampaknya kesan dari cuaca dan jerebu effect banyak benda kan...semoga allah permudahkan untuk kita semua..

    BalasPadam
  13. Sedih tengok tanah mengering begitu...semoga cepat hujan turun membasahi bumi kita...

    BalasPadam
  14. musim kemarau ni banyak beri kesan pada pekebun. harap harap konsisten hujan.

    BalasPadam
  15. Kesian pokok2.. teruk juga kemarau ditempat wak ye.. sampai kering parit tu..

    BalasPadam
  16. Very good blog post.Really thank you! Using Deskgram you can upload photos to instagram from PC/MAC, like and comment on post, follow unfollow profile, check news feed and many more.

    BalasPadam