Khamis, 5 September 2019

Ikan Lalang

Salam bertani

Ikan lalang adalah sejenis ikan air tawar yang semakin sukar ditemui dan mungkin akan pupus kerana habitatnya banyak terganggu. Masa zaman budak-budak dulu, wak sering memancing ikan lalang dan ikan seluang sungai tetapi sekarang semakin sukar didapati.

Baru-baru ini wak dapat memancing beberapa ekor ikan lalang sungai yang telah lama tidak kelihatan. Sebenarnya banyak spesis ikan sungai dulu-dulu yang sudah tidak dapat dilihat kelibatnya sekarang.


6 ekor ikan lalang.
Saiznya sebesar 3 jari tapak tangan orang dewasa.
Sedap digoreng garing diratah bersama-sama tulangnya.


Dapat juga seekor ikan lampam jawa dan jelawat.


Ikan lampam jawa


Ikan jelawat.


Dan seekor ikan baung.

Salam bertani.

33 ulasan:

  1. Salam,
    Pernah 2-3 kali mancing ikan lalang kat Sg Perak di daerah Kg Gajah. Guna mata udang, umpan telur kerengga dan anai-anai busut. tak tahu pulak namanya Ikan Lalang. Ingatkan ikan seluang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikan lalang berbeza dengan ikan seluang sebab badannya lebih pipih dan lebih besar sedikit.

      Padam
  2. alhamdulillah, murah rezeki wak...ikan lalang tu nampak macam sejenis ikan kat sarawak, cuma ekornya aje lain...kitorang panggil ikan 'kelapa' dalam bahasa Melanau, tapi bahasa Melayunya saya pun tak tahu...dan tak pernah jumpa kat sini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin kat sarawak ikan ni masih banyak lagi terutama di kawasan pedalaman yang masih asli

      Padam
  3. bab ikan ni saya fail... ikan pari, talapia, selar kuning, bawal ok..yg lain klu tanya nama mmg fail..hehe

    BalasPadam
  4. Terbaiklah tuan. Mengimbau kenangan silam. Sangat menyeronokkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. banyak lagi ikan2 air tawar lama yang semalin sukar ditemui seperti ikan tilan, lais, tapah ketutu, baung tikus, lembat, patung, kepoh dsb.

      Padam
  5. belajar tentang ikan2 kat sini... mia lagilah... memang out bab ikan air tawar...

    BalasPadam
  6. Banyak ikan dah pupus wak. Nak jumpa yang spesis mcm dulu-dulu dah susah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betuk tu.
      tapi ada pengganti spesis2 baru yang boleh dikomersialkan

      Padam
  7. ikan baung tu rsanya masa kecik-kecik je makan. sekrang dan susah nak jumpa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikan baung ni mungkin tak kan pupus sebab ia boleh diternak di dalam kolam atau sangkar.

      Padam
  8. Jarang dengar nama ikan ni WP... sedap tak klu goreng?? hehe

    BalasPadam
  9. 1st time dgr nama Ikan Lalang ni 😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ikan laut, macam ikan beliak mata@puput cuma saiznya lebih kecil

      Padam
  10. Ikan lalang ni kami di kelantan panggil anak seluang. Sedap ni kalau pais.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ia berbeza dengan ikan seluang, tetapi rasanya lebih kurang sama. Cara memancingnya pun sama.

      Padam
  11. susah betul nak kenal jenis2 ikan ni haha

    BalasPadam
  12. sy tak reti nak kenal ikan2 ni. sy reti makan je kalau orang masak hheehe.. rajin wak memancing dapat byk habuan tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wak tak rajin mancing sebab tak cukup masa.
      kadang2 aje layan gian

      Padam
  13. Pertama kali dgr ikan lalang...ikan goreng cicah sambal kicap..terbaik..

    BalasPadam
  14. Baru tau ada ikan lalang, bagitau Suami, dia kata iyeee ikan lalang hahahaha ingat rumpit je ada lalang hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni ikan zaman dulu2 Lin.
      Kat sungai2 yang belum tercemar aje yang ada.

      Padam
  15. IKAN LALANG NI JENIS SELUANG JUGA KOT...BANYAK HASIL PANCINGANNYA MURAH REZEKI

    BalasPadam
  16. SA suka aktiviti memancing tapi kan..tak pandai memancing..kalau dapat banyak ikan SA suka siang..

    BalasPadam
  17. Kena biakkan ikan nie... kalau tak pupus pulak nanti... sungai pun dah banyak yang tercemar...

    BalasPadam