Isnin, 20 Jun 2016

Tanaman Pisang 8 : Pokok Pisang Jari Buaya.

Salam bertani.


WP ada menanam beberapa perdu pisang jari buaya di belakang rumah. Buah pisang jari buaya biasanya WP tuai sebelum matang untuk dijual di pasar tani sebagai sayuran. Buah pisang jari buaya sesuai dijadikan sayuran seperti masak lemak cili api dan sebagainya. Ini kerana buah pisang jari buaya yang masak kurang digemari untuk dimakan  kerana rasanya agak tawar dan sedikit masam. Walau bagaimana pun buah pisang jari buaya boleh digoreng atau dibuat pengat. Ia boleh juga dibuat cekodok atau kek pisang cuma rasanya kurang manis.

  Pisang jari buaya mempunyai buah yang kecil dan tirus di bahagian hujungnya, sebab itu dipanggil jari buaya. Pokoknya agak kurus dan tinggi dan mengeluarkan banyak anak pada perdunya.Kesemua buah pada tandannya akan menghadap ke atas ke arah cahaya matahari. Apabila masak, kulit buahnya masih berwarna hijau dan sedikit kekuningan seperti pisang nangka.Jantung pisang jari buaya juga boleh dijadikan sayuran.


Anak pokok pisang jari buaya yang tumbuh dari induknya.



Pokok pisang jari buaya mula mengeluarkan jantung dan buah.
Pokoknya kecil dan tinggi.


Buah pisang jari buaya yang masih muda.
Saiznya kecil, panjang dan tirus di hujungnya.




Seperdu pisang jari buaya yang telah mengeluarkan hasil.
Saiz daunnya juga kecil, pajang dan tirus.
 

Pokok pisang jari buaya yang subur mengeluarkan tandan
yang agakpanjang dan buah yang banyak.



Buah pisang jari buaya muda.
Kesemua buahnya menghala ke atas.


Setandan yang lain.
Pada saiz ini buah pisang jari buaya sudah boleh dituai untuk
dijadikan sayuran.


Buah pisang jari buaya yang hampir matang.
Pokok yang kecil menghasilkan buah yang sedikit.
Buah yang matang kurang digemari kerana rasanya yang tawar dan agak masam.



Setandan buah pisang jari buaya yang dituai.
Buahnya akan disisir dan dijual muda untuk dijadikan sayuran.


Walau pun pisang jari buaya kurang berkualiti berbanding dengan pisang lain, tetapi kita perlu menanamnya sepokok dua untuk mengelakkannya daripada kepupusan. Apatah lagi pisang ini sukar ditemui dan masih ramai yang tidak mengenalinya.

Salam bertani.


5 ulasan:

  1. Salam pisang jari buaya ada jual ke?

    BalasPadam
  2. Boleh WhatsApp sya 0143038191 jika ada

    BalasPadam
  3. Maaf tak buat jualan/penghantaran online

    BalasPadam
  4. Sedap oo Pisang ni.. dah masak pun sedap la.. wat cekodok.. kek.. sbb dia masam Manis ..


    BalasPadam
  5. Mana boleh Sy dapatkan pisang ni...Sy tinggal di perak

    BalasPadam