Sabtu, 18 Jun 2016

Pokok Puding.

Salam bertani.

Ada banyak pokok puding yang ditanam di sekeliling rumah WP sebagai tanaman hiasan. Pokok puding ditanam bukan kerana bunganya tetapi kerana daunnya yang mempunyai pelbagai warna dan bentuk. Pokok puding merupakan pokok renek yang mudah ditanam sama ada di dalam pasu, polybeg atau pun di atas tanah.

    Penanaman pokok puding adalah melalui keratan batang yang boleh disemai terus ke dalam polybeg atau pun pasu. Pokok puding memerlukan pencahayaan penuh agar warna daunnya lebih menyerlah. Pokok puding juga boleh dibiakkan melalui teknik cantuman mata tunas atau cantuman baji untuk mendapatkan pelbagai jenis puding pada satu pokok. Pembajaan yang sesuai ialah menggunakan baja NPK 15:15:15 atau pun baja organik.



















Pokok puding juga biasanya ditanam sebagai tanaman pagaran di tepi pagar, tepi jalan atau di taman-taman bunga. Warna daunnya yang menarik dan pelbagai serta bentuknya yang unik menjadikan pokok puding digemari oleh pecinta tumbuhan.

Tanamlah pokok puding di sekeliling rumah kita sebagai tanaman hiasan yang menarik dan mudah dijaga.

Salam betani.


3 ulasan:

  1. Cantik puding2.
    Ada tanam.tapi tak byk .rasanya nak tanam lagi slps bacaartikel ini.tkasih byk

    BalasPadam
  2. Baru berjinak dgn pokok puding ni... setakat ni baru berjaya mengumpul 21 jenis.... sedang mencari jenis yg lain..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya sama seperti Tuan, saya menanam berbagai-bagai jenis pokok puding di rumah saya. Tuan tinggal di mana? Boleh kita bertukar-tukar pokok puding, saya pun lebih kurang ada 20 jenis puding berbagai bentuk dan berbagai warna.

      Padam