Ahad, 5 Jun 2016

Haiwan Perosak : Siput Babi.

Salam bertani.

Sekarang musim hujan, menyebabkan kawasan kebun sentiasa lembap dan sejuk. Keadaan ini amat digemari oleh siput babi yang akan keluar pada waktu malam untuk memakan tanaman. Siput babi amat gemar memakan sayuran berdaun dan juga anak benih pokok. Serangan siput babi boleh mengakibatkan kemusnahan yang teruk terutama bagi pekebun sayuran.

 Siput babi mudah membiak dengan menghasilkan telur yang banyak setiap kali bertelur. Telurnya tersimpan di dalam tanah hinggalah menetas. Bagi petani, siput babi perlu dihapuskan supaya tidak merosakkan tanaman.



Seekor siput babi dewasa.
 Siput babi boleh menyebunyikan badannya ke dalam cengkerang apabila terancam.


Siput babi mengeluarkan badannya yang lembut untuk bergerak.
Mempunyai beberapa sesungut.



Siput babi keluar pada waktu malam atau selepas hujan untuk mencari makanan.


Siput babi adalah haiwan perosak yang memakan sayuran dan anak benih.


Racun siput babi yang amat berkesan.
Mengandungi bahan aktif  Metaldhyde sebanyak 5% yang boleh membunuh semua
jenis siput tanah dan lintah bulan.


Siput babi yang mati kerana memakan umpan racun siput.

Siput babi merupahan haiwan perosak yang perlu dikawal kehadirannya di kawasan kebun sayur dan kawasan persekitaran rumah kerana ia merosakkan tanaman. Kawalannya secara semulajadi ialah dengan cara menangkap dan memecahkan cengkerangnya. Kawalan yang paling berkesan ialah dengan menggunakan racun siput kerana racun siput boleh membunuh semua siput yang memakannya. Cuma penggunaan racun siput perlu berhati-hati takut dimakan oleh haiwan ternakan dan binatang peliharan.

Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan