Isnin, 31 Oktober 2022

Melempeng Pisang Mudah dan Cepat

 Salam bertani

Petang ini wak dan pn is3 mengadap menu lempeng pisang dan teh O panas. Lempeng pisang mini yang mudah disiapkan dan enak dimakan. Rasa rangup, garing dan tidak hangus. Jom tenguk pn is3 wak sediakan lempeng kudapan petang kami


Menu petang
Lempeng pisang dan teh O panas


Alat melempeng yang mudah dan ringkas
Sapu sedikit minyak masak sebelum melempeng


Masukan adunan lempeng
Kalau malas mengadun tepung, boleh aje gunakan
roti canai segera dan disapukan jem


dan tutup
Lampu hijau akan menyala.
Bila lampu padan maknanya lempeng dah masak


Lempeng dah siap


Kotak alat melempeng yang mudah dan ringkas
Anak wak belikan kat Shopee


Harganya tak sampai RM50 pun
Guna elektrik


Khamis, 6 Oktober 2022

Kembar Kent

 Salam bertani

Pada pagi tadi, selepas pulang dari surau wak nampak kent sedang bersantai dengan 'kembar'nya. Wak pun capai hp (cap aiyam) untuk rakamkan gelagat mereka. Jom tenguk


Kent dan kembarnya


Tengah tenguk cicaklah tu


Bila lagi kau nak datang sini


Nenek kata kita kembar seiras


Kau bawa bendalah apa ni datang sini


Ehh budak ni pun ada kembar juga

Salam bertani


Isnin, 19 September 2022

Membaja Anak Pokok Durian

 Sala bertani

Wak baharu sahaja selesai membaja anak pokok durian di dusun WP.  Bulan ini wak bagi baja kimia. Sebatian NPKMg 15:15:6:4 khas untuk anak pokok . Anak pokok durian biasanya wak bagi baja setiap bulan. Baja sebatian, baja organik, dolomit dan baja foliar bergilir-gilir setiap bulan. Jom ke dusun



Baja sebatian impot cap jambatan 15:15:6:4+Te
 untuk anak pokok durian
Harganya anggaran RM260


Cara membaja sebatian kepada anak pokok durian
Baja ditaburkan di sekeliling pokok dan tutup dengan tanah semula


Baja organik cap Jambatan RM35 sebeg 25 kg
Racun kulat Monceren RM70 sepek 500 g
Racun serangga Pazelo 505 RM 60 sebotol 1 liter


Maklumat tentang baja organik Champion 5:5:5


Baja organik 555 ditabur di sekeliling kanopi pokok


Ini juga baja organik yang sesuai untuk anak durian
Baja 888 atau biasanya dipanggil baja kopi


Baja kopi ditabur di sekeliling anak pokok
dan ditutup dengan tanah semula


Dolomite untuk memperbaiki struktur tanah 
dan keasidanan tanah
Harganya anggaran RM80 sebeg 50 kg



Tabur dolomite di sekeliling anak pokok
Dolomit juga digunaan sebagai baja lubang
sebelum menanam anak pokok durian


Baja foliar Bayfolan
Harganya RM100 setong 5 liter
Disemburkan pada daun dan batang anak pokok durian


Baja Foliar Acrecio untuk perkembangan akar
Harganya RM250 setong 5 liter
Disembur kepada daun dan tanah di sekeliling perdu pokok


Anak pokok durian duri hitam


Anak pokok durian D17


Anak pokok durian Kim hong


Anak pokok durian ioi


Anak pokok durian musang king



Salam bertani.