Salam bertani
Salam bertani.
Salam bertani
Wak baru cuba memelihara ayam mutiara sebanyak sepuluh ekor sejak dua bulan yang lepas. Wak bela daripada anak yang baru menetas, sehingga kini tinggal sembilan ekor yang hidup membesar.
Ayam mutiara juga dipanggil ayam api-api, biasanya dibela sebagai hobi kerana fizikalnya yang unik. Ia dikenali sebagai penjaga kebun kerana gemar memakan rumput dan serangga perosak tanaman.
Daging ayam mutiara sangat berkhasiat kerana kurang kalesterol dan rendah kandungan lemak berbanding daging ayam komersial. Ayam mutiara betina akan mula bertelur apabila mencapai umur setahun dan mampu bertelur sehingga 30 biji setiap pusingan. Telur ayam mutiara akan menetas selepas 28 hari pengeraman.
Wak nak tunjukkan gambar-gambar anak ayam mutiara yang wak pelihara.
Salam bertani.
Salam bertani
Sudah hampir semingguan wak bertugas memotong rumput di dusun WP. Rumput di dusun cepat panjang kerana musim hujan sekarang. Wak perlu membersihan rumpai kerana ingin memberikan baja buah kepada pokok-pokok buah-buahan yang sedang berputik. Mungkin dalam masa beberapa hari lagi siaplah tugasan wak memotong rumput tersebut. Wak menggunkan mesin pemotong rumput sandang yang memotong rumput bermatakan tali khas. Wak kongsikan hasil tugasan yang wak mulakan sejak hari raya ke-dua lagi.
Salam bertani.
Salam bertani
Tengah hari tadi hujan turun dengan lebatnya. Selepas asar, wak turun ke dusun buat kajian lapangan menggunakan hp cap ayam. Wak kongsikan sebahagian daripada tangkapan tak profesional hp tersebut.
Salam bertani
Budak bertuah si Kent buat hal lagi. Kali ini cermin alas meja pula yang dipecahkannya. Ceritanya bermula malam tadi apabia anak dara wak menukar langsir pintu sliding dan tingkap. Selesai kerja, tangga ditinggalkan di tepi meja. Pagi tadi si Kent dah jatuhkan tangga sehingga memecahkan cermin tersebut. Nasib baik si Kent yang buat, kalau wak yang buat tentu kena bebel.
Salam bertani.
Salam bertani.
Diam tak diam dah lebih setahun kita hidup diancam corona virus ini. Belum nampak lagi nak redanya malah kes-kes jangkitan dan kematian semangkin meningkat setakat ini. Tapi sebenarnya wak nak tunjukkan perkembangan dua ekor anak lembu wak yang lahir pada tahun lepas. Yang jantan wak namalan Covid 20 lahir pada 23.03.2020 dan yang betina wak namakan Corona lahir pada hari raya pertama tanun lepas.

Salam bertani.