Isnin, 29 Disember 2025

Buah Duku Langsat

 Sala bertani

Jom tenguk sepohon duku langsat yang sedang berbuah di dusun WP. Pokok duku langsat ini sudah beberapa kali berbuah walau pun pokoknya kecil sahaja. Cuma buahnya pada kali ini tidaklah begitu lebat kerana berbuah luar musim.


Inilah pokok duku langsat di dusun WP
yang berbuah luar musim.


Pada minggu lepas buahnya baharu nak kuning mencelah.


Gambar pagi ini, buah sudah hampir menguning semuanya.


Sebahagian buahnya sudah dimusnahkan perosak.
Ada tangkai yang sudah kosong.


Seminggu lagi masak ranumlah semuanya.


Orang pantai timur panggil buah duku sahaja


Panen sebahagian untuk anak-anak cucu-cucu yang pulang 
ke kampung pada hujung minggu.

Salam bertani.

Khamis, 25 Disember 2025

Berkat Yasinan

 Salam bertani

Setiap malam jumaat surau tempat wak ada buat yasinan dan tahlil ringkas selepas solat maghrib berjemaah. Selepas solat isya' ada  bacaan surah al-mulk (setiap hari) dan lepas tu ada jamuan ringan. Bila balik dapat sebungkus berkat nasi ambeng.


Bungkusan berkat yasinan.


Ada sebungkus nasi ambeng balut daun pisang,
air kotak dan sebiji limau.


Nasi ambeng yang dibuka,
semua campur jadi satu.
Selamat menjamu selera.


Salam bertani

Ahad, 21 Disember 2025

Tangkap Ikan Kucing

 Salam bertani

Sebenarnya wak nak cerita tentang ikan yang jadi makanan kucing-kucing peliharaan wak di rumah ni. Ada tujuh ekor kucing yang wak pelihara, beri makanan friskis kucing dicampur dengan ikan rebus. Biasanya wak gunakan ikan tongkol putih (lengan panjang). Kalau takde ikan tongkol putih, ikan tongkol hitam ( lengan pendek) pun boleh.


Ikan tongkol hitam (lengan pendek)
Siripnya dah dipotong.


Ikan dipotong sebelum dibersihkan.


Isi ikan dimasukkan dalam bekas plastik bertutup.
Kepala ikan diasingkan.
Stok untuk dua minggu.


Simpan dalam freezer.
Setiap hari pn is3 akan rebus satu bekas.
Isi ikan rebus akan digaulkan dengan friskis kucing.
Salam berani.

Selasa, 16 Disember 2025

Buah Cempedak Kampung

 Salam bertani

Ada beberapa pokok cempedak kampung yang sedang berbuah di dusun WP. Pokok cempedak kampung adalah pokok cempedak yang ditanam melalui biji benih dan tidak dikahwinkan. Pokoknya wak tanam sejak tahun 80an lagi. Untuk dapatkan buah cempedak yang berkualiti, buah sepatutnya dibalut, disembur racun serangga dan dibuat penjarangan tetapi wak tak sempat buat semua itu.  Setiap pokok cempedak kampung mempunyai buah yang berbeza dari segi saiz, bentuk, warna dan rasanya. Jom ikut wak nenguk


Buah cempedak di pangkal pokok.
Sepatutnya dua buah yang kecil itu di buang untuk
mendapatkan buah besar dan berkualiti.


Batang pokok cempedak ini sudah patah beberapa
tahun yang lepas.
Tunas baharu sudah mula berbuah lebat kali pertama.


Walaupun tidak dibalut buahnya tetap elok.


Pokok cempedak tua ini sudah tumbang tetap berbuah lebat.


Buahnya di atas tanah.


Tak mampu nak balut sebab buahnya tinggi melangit.


Dah boleh dituai bila tangkainya berwarna kekuningan.

Salam bertani.

Rabu, 10 Disember 2025

Isnin, 8 Disember 2025

Panen Buah Cempedak Durian

 Salam bertani

Ada komen yang minta wak tunjuk isi buah cempedak durian. Kebetulan ada sepokok cempedak durian yang berbuah luar musim di dusun WP kali ini. Maaf wak cuma dapat tunjuk gambar aje, tak dapatlah nak kongsi keenakan rasanya.



Panenan dari sepokok cempedak durian.


Buah cempedak durian di atas pokok.
Kebanyakan buahnya berbentuk agak bulat.


Berduri kasar dan tajam seakan-akan buah durian.


Saiz buah sederhana, 1- 2 kg sebiji.


Daging buah cempedak durian.
Isinya padat dan ulasnya besar.


Cicipan cempedak durian goreng.
Makan dua ulas dah kenyang.
Salam bertani.

Rabu, 3 Disember 2025

WW 606 : Menu Rabu

 Salam bertani


Kepala baung gulai asam tak pedas


Terung goreng berlado

Salam bertani

Isnin, 1 Disember 2025

Rambutan Anak Sekolah

 Salam bertani

Wak nak tunjuk sepohon rambutan anak sekolah yang berbuah lebat luar musim di dusun WP. Jom nenguk.


Inilah sepohon rambutan anak sekolah yang
 sedang sarat berbuah.


Buah di bahagian bawahnya hingga ngeletak di atas tanah.


Buah di bahagian atas.


Sudah masak ranum.


Gambar close-up.


Sepemanenan.

Salam bertani.

Isnin, 24 November 2025

Tuaian Luar Musim

 Salam bertani.

Sebahagian kecil pokok-pokok buah-buahan di dusun WP mengeluarkan hasil luar musim pada masa ini. Walau pun terpaksa bergelut dengan serangan haiwan perosak, adalah juga rezeki yang Allah berikan. Alhamdulillah, anak-anak, menantu-menantu,  cucu-cucu, adik beradik, anak-anak buah dan cucu-cucu buah dapat kenduribuah pada hujung minggu ini.


Buah durian.




Yang ni buah cempedak durian.












Wak belanja gambar daging buah durian duri hitam.

Salam bertani.

Isnin, 17 November 2025

Wak Tahu Rina Tak Sengaja

 Salam bertani

Sewaktu wak menghulurkan baldi air untuk beri minum kepada Rina,tiba-tiba ia mengangkat kepalanya ke atas. Tanduknya yang panjang tu telah mengenai pipi wak sehingga luka. Mujurlah tak menusuk mata. Wak tak marah Rina sebab dia tak sengaja. Ia tak sabar nak minum kerana terlalu haus. Cuaca  panas seharian.


Luka di pipi dan kelopak mata terkena hujung tanduk Rina.


Tenguklah tanduk Rina yang panjang dan tajam tu.


Air sungai terlalu surut menyebabkan Rina tak dapat minum sendiri.


Rina menangis selepas tenguk muka wak yang berdarah tu.

Salam bertani.