Khamis, 4 Julai 2024

Sujud Menyembah Bumi

 Salam bertani

Wak nak tunjuk sepohon cempedak di dusun WP yang telah tumbang beberapa hari  lalu. Mungkin disebabkan cuaca asyik hujan sahaja menjadikan struktur tanah  longgar apatah lagi pokok tersebut sedang sarat berbuah. Mujurlah ia sujud dengan bersopan sehinggakan tiada akarnya yang putus dan tiada buahnya yang berguguran. Jangkaan sebulan lagi buahnya akan matang. Wak rasa pokok ini tiada  masalah untuk meneruskan kehidupannya. Jom nenguk


Pokok cempedak ini sujud menyembah bumi
 beberapa hari yang lalu.


Mungkin ia tak larat menanggung beban.


Buahnya bergantungan hampir mencecah tanah.


Mujurlah tiada buahnya yang tanggal atau berguguran.


Jangkaan dapat dituai sebulan lagi.


Mudahlah nak tuai nanti tak payah panjat pokok.


Hayat pokok tegak berdiri semasa berputik.


Salam bertani

14 ulasan:

  1. Lebat betul buahnya.alhamdulillah rezeki

    BalasPadam
  2. Masih ada rezeki tu wak....insyaallah...

    BalasPadam
  3. wow panen raya Wak...mbul sih suka banget ama buah ini...

    BalasPadam
  4. Ya Allah lebatnya buahnya, walau dah tumbang harap akarnya masih utuh menyuburkan buahannya.. kalau masak senang petiknya yer Wak..

    BalasPadam
  5. Sekarang musim hujan angin, memang banyak kes pokok tumbang kan…

    Seronok tengok buah banyak gitu.
    Syukurlah pokok Wak tumbang tapi tak terjejas buahnya.

    BalasPadam
  6. dia tumbang dgn sopan santun anak melayu wak😁

    BalasPadam
  7. berat sgt tu anak-anaknya ramai bergantungan wak hehehe

    BalasPadam
  8. Lebat betul buahnya.......
    seronok tengok buah banyak.......

    BalasPadam
  9. Nanti bulan depan saya 'datang' kutip hasilnya.

    BalasPadam
  10. Meriah betul buahnya. Dah nampak cempedak goreng kat situ. 😂

    BalasPadam
  11. nak permudahkan wak mengutip hasilnya nanti...mcm pokok kuini mak saya jugak di kampung hari tu...tgu sampai buah nya masak,baru mak kerat2 batang nya...hihihi

    BalasPadam
  12. Lebat buah nya tu.
    Harap pokok cempedak tu terus selamat.

    BalasPadam
  13. Tak payah Wak petik buahnya nanti.

    BalasPadam
  14. Pohon cempedak ini tahu yg merawatnya selalu perhatian, lemah lembut, dan sayang dengan mereka semua. Jadi dia tak ingin menyusahkan Wak saat panen 😄. Itulah mungkin salah satu bentuk terimakasihnya yaa ❤️

    BalasPadam